Tiba tiba aku ternampak seorang kanak-kanak berkepala botak dan berpakaian bàju cina berwarna merah sebiji macam hantu-hantu cina yang pernah aku tengok di tv. Budak itu berumur lebih kurang 1 tahun lebih yang baru nak belajar berjalan. Dia berdiri di luar pagar seperti mengharap aku akan panggil dia masuk tapi aku diam sahaja sambil perhati ke arah dia. Tiba dia masuk menembusi pintu pagar hadapan dan juga pintu grill kemudian memanjat ........

Nama aku kahirul akmal.suamiku bernama firdaus.aku sdg mengandung 5 bulan anak pertama hasil perkongsian hidup aku dgn suami aku firdaus.
Suami ku di naikkan pangkat dan ditukarkan ke bank islam kelana jaya. Mungkin rezeki anak sulung yang sedang aku kandungkan ini.aku dan suami sangat gembira sekali.
Si suami telah mencari rumah sewa yang berdekatan dgn tempat kerja supaya senang untuk dia berulang alik ke tempat kerjanye.
Aku hanya suri sepenuh masa.lagi pun suami ku seorang yang sangat kuat cemburu. Sememangnye dia tidak suka aku bekerja. Dia lebih suka aku duduk di rumah menjaga makan minum dan menunggu dia balik dari kerja.
Aku pun tidak lah kisah sangat sebab aku bukan lah isteri yang pentingkan kerjaya dari rumahtangga. Suami ku mendapat rumah sewa yg begitu murah hanya 500rm sahaja untuk sebiji rumah teres 3 bilik.memang besar bagi aku.
Kata orang-orang dan jiran jiran di taman itu.rumah teres seperti kami susah untuk dapatkan harga semurah itu.
Aku berfikir ini adalah rezeki anak dalam kandungan aku.
Sudah hampir seminggu kami duduk di rumah sewa itu. Suatu malam aku terjaga dari tidur.aku rasa nak buang air kecil. Masa aku berada di dalam toilet yang terletak diruang dapur.aku terdengar orang sedang menyapu air di dalam longkang betul2 belakang rumah aku. Aku fikir jiran .pelik juga tengah-tangah malam buta ni apa di buat cuci longkang .aku malas nak fikir.
Sebaik aku keluar aku tengok jamdi dinding menunjukkan jam 2 pagi, tiba2 bulu roma aku meremang.cepat-cepat aku berjalan masuk ke dalam bilik. Suami ku sedang lena di ulit mimpi agaknye.
Masa aku hendak pejamkan mata aku dengar lagi orang seperti sedang memberus lantai rumah. Aku rasa pelik tapi malas aku nak fikir.akubterus ambik bantal dan tekup telinga aku.
Sok pagi sewaktu aku sedang melayan suami aku menikmati sarapan pagi . Aku cuba bukan cerita pasal apa yang aku dengar semalam. Suami ku kata mungkin jiran sebelah atau belakang yang membersihkan rumah. Suamiku cuba memujuk aku supaya jangan takut benda-benda macam tu. Semuanye adalah makhluk allah katanya.
Aku hanya mampu tersenyum. Suami ku kata malam ni dia kena balik lambat ada banyak keja yang perlu dia selesai kan.
Aku memang tak kisahpun sebab aku dah biasa tinggal sorang sejak berkahwin. Suamiku memang seorang yang kuat bekerja sampai ke tengah malam semata mata untuk habiskan keja dia. Dia tidak suka kerja yang bertangguh tangguh. Itu sebab aku sudah biasa di tinggalkan sampai larut malam.
Petang tu jam menunjukkan jam 7 sudah nak masuk magrib, aku mencapai buku majalah lalu aku berbaring atas kerusi malas yang betul betul menghadap pintu rumah.
Betul la orang tua-tua berkata bila nak dekat senja tutup semua pintu dan tingkap nanti ada yang datang menyinggah.
Aku malas nk bangun tutup pintu. Jadi aku biarkan saja pintu rumah terbuka. Terasa sesekali angin masuk ke dalam rumah sambil membaca aku sesekali menjengah muka ku ke arah pintu mengharap suami aku akan pulang cepat.
Tiba aku ternampak seorang kanak-kanak berkepala botak dan berpakaian bàju cina berwarna merah sebiji macam hantu-hantu cina yang pernah aku tengok di tv.
Budak itu berumur lebih kurang 1 tahun lebih yang baru nak belajar berjalan.
Dia berdiri di luar pagar seperti mengharap aku akan panggil dia masuk tapi aku diam sahaja sambil perhati ke arah dia.
Tiba dia masuk menembusi pintu pagar hadapan dan juga pintu grill kemudian memanjat badan aku dan duduk di atas perut aku sambil ketawa dan mengusap usap perut aku seolah olah sedang bermain dengan baby dalam kandungan aku. Dia gelak mengekek gekek sambil sesekali memandang ke arah aku. Sambil tangannye menampar nampar perut aku.kadang-kadang terasa juga sakit nya.
Aku terasa terhibur bila tengok gelagak budak cina itu.
Sejak hari itu bila suami aku balik lambat je budak cina itu lah yang menemani aku.
Akhirnye aku tau dia adalah hantu budak cina.
Walau pun perasaan takut tu ada tapi hati ku tidak kesampaian jika aku menghalang dia dari masuk kerumah.
Akhirnye kisah budak ini aku ceritakan pada suami aku.
Suami aku takut jika aku di apa-apakan.
Suamiku meminta aku memanggil abg ipar aku seorang bomoh besar untuk memagar rumah aku supaya budak cina itu tidak lagi masuk dan menganggu aku dan anak dalam kandungan aku.
Bila setiap malam pulak jamn12 ke atas aku mendengar orang memberus lantai dan mencuci longkang belakang. Akhirnye suamiku juga dapat mendengarkan bunyi orang memberus lantai memang betul-betul belakang pintu dapur rumahnye
Kerana bimbangkan aku. Suamiku sendiri menelipon abg iparku untuk datang ke rumah kami.
Pada hari berikutnye abg aku pun sampai.
Abang Baku mulakan jampi pagar rumah aku. Dia memegang segenggam bertih jagung yang dah siap di campurkan dengan garam di baca-baca lalu di tabur di sekeliling rumah.
Keesokan harinya seperti biasa aku tinggal sorang masa senja tu. Aku nampak budak cina tu datang tapi dia tidak berani untuk masuk. Dia menangis di luar pagar sambil mengosok gosok matanya.
Tiba-tiba aku rasa sayu bercampur sedih. Aku melambai panggil dia masuk tapi dia tetap berdiri di luar dan terus menangis.lebih kurang jam 10 dia pun menghilangkan diri.
Hatiku benar-benar rasa pilu atas kehilangan budak hantu itu. Sejak hari itu dia tidak lagi mencul-muncul begitu juga bunyi bunyi yang datang dari arah belakang rumah.
Satu hari aku terserempak dengan jiran aku.
Aku bertanyakan kisah lampau rumah itu. Jiran aku itu merupakan org berbangsa cina. Rupanye rumah itu ada sejarahnya. Jiran aku menceritakan sebelum ini ada 1 keluarga cina memang tinggal di situ.
Di rumah itu dulu ada berlaku satu kematian budak cina berumur dalam lingkungan 1 tahun lebih.
Adat cina mengatakan sepatutnya kalau ada kematian dalam rumah. Mayat itu hendaklah di letakkan di luar rumah tapi mereka telah melanggar pantang orang-orang cina.
Mayat budak hantu itu di simpan di dalam rumah selama seminggu. Sejak ari, itu umah itu di katakan berhantu dan selalu di datangi oleh budak hantu itu untuk bermain.
Suami aku telah mengajak aku berpindah ke tempat lain setelah dia mengetahui rumah itu berhantu.
Aku dengan rasa berat hati akur dengan kemahuan suami.
Setelah puas mencari rumah sewa lain akhirnye kami temui konda jadi kami pun segera berpindah.sekarang kami sudah tidak di ganggu lagi. Semua ini berlaku 4 tahun yg lalu.
Baby dalam kandungan aku pulak meninggal tidak cukup bulan.
Belum ada rezeki aku lagi.
Sekian terima kasih.
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment