Kami berdua berbual bagi mengelakkan rasa seram walaupun hakikatnya rasa di perhati dan bunyi air paip mengalir tanpa ada orang. Sampainya di depan asrama G.....

Aku juga adalah salah seorang yang kerap membaca kisah kisah seram lain dari fiksyen ini. Cerita aku tidaklah seram seperti cerita yang lain tetapi ianya seram bagi aku hahaha.
Kisah yang ingin aku sampaikan berlaku semasa aku menjadi pelajar tahun pertama Diploma Uitm Sarawak Kampus Satu Samarahan. Aku adalah Z (bukan nama sebenar) Aku gemar dengan debat yang dianjurkan pihak pensyarah di kampus itu. Aku dan kawan kawan ku yang lain turut serta menjadi sebahagian keluarga debat itu.
Setiap Selasa dan Khamis kami di arah untuk mengadakan latihan debat bagi mengukuhkan lagi cara percakapan kami sebelum pertandingan diadakan iaitu pertandingan debat antara semua universiti di Malaysia termasuklah Brunei (Aram KDO, nama pertandingan debat). Tipulah kalau aku tak bangga dapat menyertai pertandingan tersebut hahaha.
Kisahnya bermula disini. Pertandingan yang aku dan kawan kawan ku sertai sudah bermula selama seminggu. Ianya diadakan pada cuti semester. Disebabkan minat aku pun gadai cuti semester hahaha. Kami tinggal di asrama G (singkatan bagi nama asrama)
Keadaan amatlah sunyi sepi waktu itu kerana pelajar semuanya cuti semester. Aku dan FD (bukan nama sebenar) tinggal di bilik yang sama. Manakala EJ dan yang lain di asrama M lelaki. Semua pelajar dari universiti lain termasuklah Brunei belum datang pada waktu itu. Setiap hari sehingga malam kami semua bertungkus lumus menyiapkan tugas yang diberi dan berlatih debat bagi menyempurnakan pertandingan tersebut.
Pada malam kedua, kami semua berkumpul di bilik perbincangan HEP. HEP agak jauh dari asrama G perempuan. Aku dan FD balik ke asrama G untuk mengambil barang yang terlupa. Pada mulanya kami berdua malas nak ambil tetapi nekad untuk pergi juga. Pelajar perempuan yang lain sibuk dengan aktiviti mereka.
Semasa dalam perjalanan, aku ditemani FD untuk balik di asrama G. Kami berdua berbual bagi mengelakkan rasa seram walaupun hakikatnya rasa di perhati dan bunyi air paip mengalir tanpa ada orang. Sampainya di depan asrama G, percakapan terputus apabila kami berdua terlihat kelibat baju putih tanpa kepala berpusing pusing di pondok asrama G berdekatan dengan bilik aras satu. Pada mulanya aku fikir hanyalah baju putih yang dijemur. Lama kelamaan benda itu berpusing seperti sedang mencari kepalanya.
FD mengajak aku untuk lari tapi aku kaku macam ada yang menahan. Mata aku hanya memandang tempat itu. Aku pun balik dalam keadaan yang lemah. Tibanya di bilik perbincangan, EJ dan yang lain hairan melihat muka aku dan FD pucat dan berpeluh.
Sejak dari kejadian malam itu, aku tak berani nak lepak di pondok. Dengar dengar dari senior, padang badminton yang berdekatan dengan pondok ada kisah dan sejarah seram. Memang setiap tempat ada kisahnya dan ini adalah kisah yang aku alami sendiri. Jaga jaga kitak orang yang tengah tinggal di asrama G hehehe.
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment