Dalam sakit tu, aku bangun, solat tahajjud kejap, solat taubat. Mintak ampun kalau kalau ada yang aku buat salah. Menangis je malam tu. Esok nya.........

Teguran Allah Melalui Ujian
Assalamualaikum. Nama aku Cik El. Hari ni baru aku berkesempatan nak menulis. Sebelum ni asyik beragak- agak. Aku seorang guru di salah sebuah sekolah di salah sebuah negeri di zon tengah. Sekarang, aku sedang bercuti, untuk menghabiskan pengajian ku di utara tanah air. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan setiap yang Allah aturkan dalam hidup aku. Sangat cantik. Tapi, dalam setiap perancangan Allah tu, mesti ada dugaan, teguran yang Allah sampaikan dekat kita, bukan untuk apa, sebagai peringatan sebenarnya.
Ok, jangan melalut lagi, aku direct to the point je, cerita nya bermula bila benda yang baru baru ni jadi masa aku tengah belajar. Pasal contact lens je pun. Aku memang pengguna contact lens yang sangat tegar. Spek mata tu kira letak tepi lah. One day, aku tertidur dengan contact lens, dan esok nya lewat nak bukak contact lens. Akibatnya, mata berair sangat . Sebelum ni selalu je jadi, tapi tak tau lah salah dekat mana, akibatnya, sepanjang malam tak boleh tidur, sebab sakit yang amat.
Dalam sakit tu, aku bangun, solat tahajjud kejap, solat taubat. Mintak ampun kalau kalau ada yang aku buat salah. Menangis je malam tu. Esok nya, sakit sangat, xdapat pegi kelas. Aku trus pegi klinik. Doktor cakap mata kena infection dan ada luka sikit. Hati dah risau. Mana nak exam, mana nak presention. Hati yakin, Allah tu ada. InshaAllah, Allah akan mudahkan. Esoknya, jawab exam dalam mata yang sakit sangat. Dalam hati, ‘ itu la, nak cantik punya pasal’ kena la terima.
Aku buat keputusan nak balik kampung sekejap, memandangkan jarak tempat kursus dengan kampung tak lah berapa jauh. Separuh jalan, tak dapat nak sambung ‘drive’ sebab mata sakit yang amat. Aku call kakak, kakak datang ambik. Nasib la ada kakak sorang tu. hehe. Kakak aku ni jenis yang caring , walaupun selalu sangat gaduh. Malam tu, terpaksa pegi kecemasan sebab mata dah tak boleh nak bukak. Allahu. Sedih. Tengok muka mama dengan abah lagi sedih. Pimpin tangan aku bawak pegi hospital, sebab mata rabun, tak nampak.
Aku kena refer pakar mata esok harinya. Sebab doktor cakap mata aku dah ada ulser. Allah , risau. Jumpa pakar mata, doktor inform yang luka teruk sangat, dah ada ulser. Mata jadi kabur. tak nampak sebelah. Allah. Nangis jugak la masa tu. Doktor cakap 50 50 sama ada penglihatan aku akan normal ataupun terus kabur. Dugaan. Abah mama orang yang paling susah hati. Termasuklah aku. Tapi, doktor pesan, mintak lah dengan Allah. tu je jalannya. Lagi laju air mata masa tu. Sedih. Sebak, semua ada.
Sungguh sungguh aku minta pada Allah. Minta normalkan penglihatan aku. Solat taubat, mohon ampun dengan Allah. Allah rindukan rintihan kita. Sebab tu Allah turunkan dugaan macam ni. Selang dua hari, pegi hospitalm doktor follow up balik, Allah, Allah.. Alhamdulillah. Mata aku dah kembali ok. Doktor cakap perkembangan yang sangat positif. Syukur Ya Allah. Aku percaya apa yang Allah bagi ni adalah teguran buat aku. Kadang kadang tipu lah kalau tak terlintas dalam hati, nak lagi cantik. Tak pernah puas, dengan apa yang ada. Allahu. Mungkin, contact lens adalah sebab nya, tapi percayalah , disebaliknya ada sedikir teguran daripada Allah buat hamba hambaNya yang kadang terlupa, leka macam aku.
Disini aku kongsikan sikit ayat yang boleh diamalkan buat yang ada masalah penglihatan atau apa apa penyakit yang mama aku share untuk aku amalkan baru baru ni
“Bismillahi 3 x”
“Aghuzubi ‘izzatillah Qudratihi Minsyarrimaa Ajidu wa Ukhozhiru – 7 x”
Sesungguhnya Allah yang menurunkan penyakit dan Allah jugalah yang menyembuhkannya. Selebihnya serahlah pada yang di Atas.
Wallahualam.
– Cik El
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment