Tak malu ke orang tengok kau Gemok gedempol macam nie ? ‘ Malu ? Adakah orang yang ditanya tu bogel ? Hanya kerana Gemok orang malu nak tengok ? Biarlah pada orang yang malu tu sehingga aku jumpa....

Gemuk Pun Ada Hati dan Perasaan
Assalamualaikum , bila cakap pasal ‘Gemok ‘ , mesti ada yang cakap kuat makan lah , tak geti exercises lah eh banyak lah presipsi manusia-manusia tu pada orang yang gemok . Mungkin bagi sesetengah manusia Gemok nie menyusahkan eh bukan sesetengah lah , majoritinya diaorang beranggapan yang Gemok menyusahkan . Tapi percayalah jika lahir didunia ini ibarat minta duit dari mak ayah ( kekadang minta duit dekat mak ayah pun belum tentu dapat ) tak de siapa pun nak jadi Gemok . Kalau boleh diminta agaknya semua memilih untuk cantik , hensem dan kurus . Tapi siapa kita nak menentukan segalanya .
Sedar lah kata-kata yang pakai lepas tu boleh meruntuhkan segala keyakinan , melukakan , dan terus kemurungan . Orang yang Gemok nie still sama macam orang yang cantik hensem dekat luar tu , still ada kekurangan tapi kenapa layan ‘Gemok’ nie ibarat keji dan hina . Kalau kau boleh layan orang cantik hensem ibarat permaisuri dan raja , kenapa yang Gemok nie dilayan seperti tiada harga diri ?
Bila orang tanya ‘ kau bila nak kurus ? Tak malu ke orang tengok kau Gemok gedempol macam nie ? ‘ Malu ? Adakah orang yang ditanya tu bogel ? Hanya kerana Gemok orang malu nak tengok ? Biarlah pada orang yang malu tu . Okay turn back to ques tu , kalau kau malu kau tak payah kawan and yang penting tak payah tegur . kalau gemok nie boleh minta and jadi serta merta ‘Kurus’ dah lama minta . Bahkan tak kan ada yang Gemok dekat dunia nie . Betul tak apa yang aku cakap nie .
Memang tak mustahil seorang yang Gemok tu jadi kurus tapi kalau Allah dah tentukan kau jadi macam tu , Kau exercise ke kau diet atkin ke kau tak makan sampai separuh mati ke kau akan still Gemok . Bila kita dah cuba orang still cakap ‘ tulah makan ibarat makan 10 orang ‘ . ahahahaha , kelakar bila dengar ayat macam nie . Manusia yang macam tu hanya tahu apa yang dia nampak tapi tak nampak apa yang kau buat , nie lebih kurang macam kau buat baik orang tak nampak tapi bila kau buat jahat sikit orang gembar-gembur macam kau bunuh orang .
Kenapa aku rasa orang putih lebih support dari orang dekat sini ? Okay aku bagi contoh If si Gemok have someone special , orang putih tu lek je bagi ayat , hope you guys will be together and married one day . Ouh bila dengar ayat nie boleh jadi yakin but bila orang sini nampak seorang Gemok seorang kurus berpasangan dah bercakap ‘ kau tengok tu ibarat langit dah bumi tak sepadan langsung ‘ tu baru nampak , padahal dia tak kenal lagi . sedih kekadang aku dengar cerita macam nie . Tapi nak buat macam mana kan . Mulut manusia takkan berhenti bercakap so nak tak nak kena terima walaupun pahit pada dasarnya .
Ayat ‘ Dah lah Gemok gedempol ‘ , ‘ Badan macam gajah ‘ dan seangkatan dengannya , bagi seseorang yang Gemok ia amat menyakitkan . Nie baru ayat yang berhadapan belum kira dimalukan depan orang ramai . Lebih pedih dari segalanya . Adakah susah untuk hargai manusia yang Gemok nie ? Tak susah pun sebenarnya tapi bagi orang-orang yang pakai lepas nie hidup dia takkan tenteram selagi tak malukan si Gemok depan orang ramai .
Sedar lah manusia Gemok nie ada hati perasaan , tak boleh ke bagi kata-kata yang memberangsangkan ? stop untuk judge , kalau kau rasa tak boleh terima dia stop untuk berkawan dengan dia , jangan lah hina dan keji dia . Sekarang aku percaya kenapa orang Gemok nie tak de keyakinan diri . Percaya aku datang bila macam nie lah , madah Judge memanjang . Kau marah bebel bila Gemok tu still macam katak dalam tempurung , kau cakap dia tak ubah hidup dia tapi kau ada tak effort nak bantu dia ? Ada tak cuba bagi kata semangat dekat dia ? Cuba pikir balik ? Kalau rasa tak de yang boleh membantu dia baik diam saja . Jalankan hidup macam biasa je dah .
Orang yang Gemok nie dia tak minta di layan ibarat permaisuri dan raja tapi cukup lah sekadar jaga hati perasaan dia , seteruk mana pun Gemok tu dia still ciptaan Allah . Mungkin ada orang cakap ‘ eleh cakap Gemok dah sentap ‘ mungkin sesetengah tu boleh terima dan mungkin tak , hati manusia tak de siapa tahu . Jaga lah percakapan tu . tu lebih baik aku rasa .
Tak payah letak diri sendiri lah , aku bagi contoh kena dekat mak kau , mak yang kau sayang ? Adakah kau sebagai anak kau akan diam ? Kalau kau diam tu maknanya kau bodoh . Betul tak apa aku cakap ? Tak de seorang pun manusia yang boleh terima orang yang kita sayang di hina macam tu .
Okay lah last , if di sekeliling kau ada yang Gemok jaga hati perasaan dia , percakapan kita nie kekadang main lepas je bila bercakap . Walaupun bukan aku. tapi aku percaya penghinaan dan keji yang orang bagi kepada orang yang Gemok nie boleh membuatkan orang tu hilang ‘ KEYAKINAN DIRI ‘ . Bila dah hilang keyakinan diri korang pikir boleh ke dia bangkit ? Bagi dia tidak adil , hanya kerana Gemok dia dapat pelbagai tanggapan yang buruk sekaligus dia dapat extra iaitu dipandang sebelah mata ibarat Gemok tu tiada yang istimewa malah menyusahkan. Gemok tu juga beranggapan tiada ruang untuk menunjuk bakat dan kebolehan yang dia ada .
Please jadi manusia bertimbang rasa sikit . Orang Gemok tak minta di dukung stiap hari tapi cukup memberi kata semangat . Lain orang lain situasi tapi aku percaya yang Gemok semua akan alami situasi ‘KEYAKINAN DIRI’ nie , ia sama ada berkurang atau hilang tu je . Jika hidup didunia ini boleh diminta , aku percaya semua yang Gemok nie minta kurus , bukan tu saja , semua yang buruk minta cantik hensem , semua yang miskin minta kaya . Betul tak ? .
Kepada yang Gemok , aku percaya sakit sebuah penghinaan tu tak ter kira tapi percaya lah kehidupan kita Allah dah tentukan . Sebagai manusia kita teruskan kehidupan yang Allah dah aturkan . Aku percaya , orang kurus , dulu pernah jadi Gemok dia tahu sakitnya macam mana . Aku nak pesan nie walau Gemok macam mana , apa yang wajib jangan ditinggalkan , nak diet boleh tapi jangan memudharatkan diri sendiri , yakin lah pada diri , nak pergi interview ke sambung belajar je , kau mesti yakin kau boleh buat . Abaikan sekejap penghinaan itu walaupun perit . Terima lah diri seadanya . Biar manusia tak terima kita jangan Allah yang tak terima kita k . Assalamualaikum dan jaga diri ye .
– si Penyampai
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment