Persoalan sering kali tiada jawapan adakah mak mertua beranggapan menantu perempuan dah rampas anak lelaki sejak kahwin?aku tesedar selepas.....

Oh My Mak Mertua!
Cerita saya ni bukan nak memburukkan sesiapa, saya terpanggil untuk meluahkan disini sebab saya sedang mencari jawapan untuk sesuatu. Ia berkaitan dengan emak mertua. Saya nak sangat selami apa yang ada dalam hati mak mertua ni.
Baik. Ingin saya mulakan dengan ucapan terima kasih kepada mak mertua saya kerana memberi restu untuk saya berkahwin dengan anak lelaki sulungnya. Saya puji sangat anak lelaki mak mertua saya aka suami saya ni sebab dia sangat bertanggungjawab dan sangat berhati2 dalam menjaga isterinya. Padahal saya ni jenis independant, saya suka selesaikan masalah2 saya sendiri. Dah saya juga seorang introvert so mungkin sebab itu juga saya takda masalah bersendirian tanpa rasa awkward. Haha
Cuma ada beberapa perkara yang saya curious dengan sifat mak mertua ni. Ok saya cerita secara general, kalau perasan, most of the time, mak mertua kepada perempuan mesti inferior dia lain macam. Sangat berbeza dengan mak mertua kepada lelaki. Inferior yang saya maksudkan ni, dia seolah2 berasakan menantu perempuannya umpama ‘rival’ secara indirect. Eventhough menantu perempuan tu buat biasa je. Cuba kalau bawa suami balik rumah parents kita, tengok macam mana mak kita layan menantu lelaki dia. Mana nak inferior2 ni. Haha
Saya bercerita pengalaman saya pula. Saya sendiri dibesarkan oleh emak saya which is a single mother. Ayah meninggal sewaktu saya 2 bulan dalam kandungan. so bagi saya upbringing saya sebagai anak kepada single mother ni macam lain sikit berbanding anak2 yang ada emak dan ayah. Mama lah mak dan ayah saya. Tapi yang seronoknya, saya agak transparent dengan mama saya. Boleh kata hampir semua perkara la saya open dengan mama saya, boleh minta pendapat dia as emak tanpa kecaman hebat macam nyonya mansur.
Agak berbeza dengan cara emak mertua saya dengan anak2 dia (suami sy dan adik2 ipar saya la tu). Cuba bayangkan typical malay moms jenis nak kena bertolong dekat dapur, kerja rumah WAJIB buat, bangun lewat sikit dah kira macam pemalas 7 keturunan, haa dia jenis2 macam tu la. So jujur cakap saya agak culture shock since join family baru ni sebabnya, selama ni mama saya tak push pun anak2 dia buat kerja rumah. Saya ni malas2 jugak tapi takda la selamanya malas, sampai time rasa dah kena kemas tu saya kemas la juga. Saya belajar memasak sampai terer pun atas inisiatif sendiri, mama saya tak pernah paksa or momokkan “kena belajar memasak dari anak dara atau nanti dah kahwin nak masak apa untuk suami”. So saya memang tak dibesarkan dengan mindset melayu orthodox camni haha.
So nak dijadikan cerita 1, saya bila dibawa balik oleh suami bertandang ke rumah parentsnya, saya takda membantu sangat. Boleh kata rumah dia dah memang kemas tersusun. So nak kemas or susun apa? Saya bukan tahu sangat mana dia simpan barang2 tak pakai sangat (rumah banglo 2 tingkat, rumah mama pula apartment je). Dapur pun saya jarang masuk melainkan tolong basuh pinggan atau bancuh air. Saya pegang 1 prinsip, saya kalau nak memasak saya lebih prefer saya berseorangan di dapur. Jangan langsung ada orang hatta nak menengok sekalipun sebab rimas haha.
Saya pernah juga la awal2 tu try la masuk dapur pretend tolong2 potong bawang (padahal time tu bahan semua dah siap potong, tinggal campak dalam periuk je. Kau rasa aku nak buat apa?) So saya jadi sangat awkward sampai satu ketika saya rasa macam, apa function aku masuk dapur kalau semua dah ready? So in the end saya decided untuk tidak menolong di dapur. Habis tolong pun angkat lauk bawa g depan. Kadang2 tu lepak dalam bilik baca storybook ralit sangat sampai tak perasan lauk semua dah hidang tinggal makan je. Tu pun suami yang panggil makan bukan saya yang tersorong2 g makan terus.
So drama disini, dia ada send satu whatsapp dalam group tanya ada any of anak2 dia balik weekend ni? Kemudian tak semena2 tiba2 dia mention “takyah la tolong selama ni mak yang tolong masak kan, yang lain semua penat kan”. Eh dia ni menganjing siapa pulak? Memandangkan saya ada dalam whatsapp group itu saya takdapat nak unsee benda itu. Taktahu la pulak anak2 dia yang lain tu dah seen ke belum.
So persoalan 1:, kenapa mak suami ni suka pandang slek kalau menantu dia tak berapa nak tolong? Dia nak expect saya jejak2 je kaki rumah dia terus buat kerja rumah ke? Hire je la bibik kalau nak macam tu. Tu rumah kau bukan rumah aku. Haha confirm ramai kecam saya guna statement ni kan. Bagi saya simple je, isteri bukan bibik. Isteri isteri la. Lagipun saya bukan dibesarkan dalam keluarga dia, macam mana dia nak expect saya jejak2 je rumah terus tahu selok belok rumah dia mana dia simpan rempah rencah semua tu.
Cerita 2: mak mertua saya ni jenis dah biasa dilawat oleh anak sulung dia (waktu tu saya belum kahwin lagi) so boleh kata every weekend la anak dia balik rumah dia and they do grocery shopping dekat mydin. Kira tu macam rutin la tiap kali anak dia balik. Sejak kahwin, dan kebetulan pula saya kerja call centre ada shift kadangkala weekend pun kerja. Memandangkan kami tinggal lain negeri, so suami jarang la balik dengan alasan saya kerja dan susah dapat cuti. So bermula drama di sini, mak mertua mula hantar2 whatsapp tanya minggu ni balik tak? Sekali dua tanya saya ok lagi, mak rindu anak le tu. Lepas tu hampir setiap minggu dapat whatsapp tu (dia sent dalam group sebab tu saya boleh baca). Disitu saya mula terdetik dalam hati, “aku ni dah rampas anak dia ke?”. Saya juga mula cari gaduh dengan suami saya disebabkan perkara tu. Memandangkan saya ni independant, saya suruh je suami saya balik kampung sendiri, kalau saya kerja saya boleh pergi sendiri. Tapi masalahnya, suami saya takkan balik tanpa ada isteri dia. So bila itu berlaku, maka berhujan2 la dapat whatsapp sama tiap minggu. Pada saya, annoying la seyh. Bukan nak pisahkan kasih emak dengan anak, saya yang dah suruh anak dia balik. Anak dia yang pilih untuk tak balik. So dalam context ni salah saya lagi ke anak dia tak lawat dia?
Saya pernah cerita hal ni dekat mama. Mama hanya mampu bersimpati la. Masa tu juga saya macam jeles dengan mama sebab dia single mother, takpayah nak deal dengan mak mertua nagging camni haha. So the only jawapan saya dapat dari mama, SABAR. Ye, sabar punya sabar, pernah juga saya minta cerai sebab saya tak tahan mak dia nagging panggil anak dia balik tapi anak dia refuse sebab saya tak cuti.
Persoalan 2: adakah mak mertua beranggapan menantu perempuan dah rampas anak lelaki sejak kahwin? Adakah macam “amboi sejak kahwin lupa mak eh”. Ya allahhh banyak kali tahu saya nangis sebab hal ni. Kalau buat perbandingan, mak mertua dengan menantu perempuan ni dah macam madu pulak. Haha. Padahal ayah mertua saya hidup je lagi. Tak cukup attention ke dia ni. Adoii kecam laa kecam saya guna statement ni.
Setakat ni itu je la kot “inferiority” yang saya maksudkan. Saya baru setahun kahwin dan belum ada anak. Saya tak berani nak ada anak sebab untuk sekarang pun saya dah cukup headache dengan perkara2 ni. Dengan kerja lagi customer mengarut sampai migraine2 saya. So kecaman sangat dialu2kan sebab saya taktahu macam mana nak luahkan. Mungkin upbringing saya tak sama macam korang pembaca2 sekalian. Saya sangat stress disebabkan perkara ni. Dah habis buat bodoh dah tapi tak boleh refrain selagi terbaca whatsapp2 nagging itu.
Oh ya saya baru je left whatsapp group family tu sebab saya taktahan dah nak handle ridiculous things camni. So sesiapa yang berhajat nak kahwin tu, goodluck. Doa2 la korang tak dapat mak mertua banyak cekadak. Hahaha
– Menantumu
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment