Anak haram! Anak Haram!“Eh.. Hang taknak ikut mak hang ka? Kalau nak aku ada....aku baru tahu siapa diri aku sebenarnya setelah...

Aku Nina, berumur 23 dan sudah bekerja diutara tanah air. Aku nak share sikit tentang pandangan orang terhadap aku. Rata-rata orang yang mengenali diri aku akan berubah setelah aku beritahu siapa diri aku.
Ceritanya bermula semasa aku di alam persekolahan, menengah. Ketika itu, aku baru tahu siapa diri aku sebenarnya setelah lama aku memendam rasa ingin tahu. Mak dan abah akui yang aku sebenarnya anak angkat dan lebih menyakitkan hati aku waktu itu, bukan sekadar anak angkat, tapi anak luar nikah. Easy to said, yang orang dok mencarut ANAK HARAM.
Awalnya memang aku stress, tak dapat terima kenyataan sampaikan pelajaran aku hancus lebur. Berbulan jugak aku abaikan pelajaran aku. Semua telur ayam je. Tapi lama-kelamaan aku semakin lupa dan aku boleh terima hakikat yang aku anak angkat mereka. Biarlah anak angkat pun, janji mereka sayang aku. Hehehehe.
Aku xnak cerita mcm mana aku tahu, jatuh bangun aku. Aku nak cerita tentang orang-orang yang disekeliling aku. Bila aku berpindah sekolah, ada yang tahu status aku memandangkan binti aku Abdullah dan nama abah aku lain. Aku tak ambil pusing sangat. Biarlah nak tahu pun, aku tak kisah, aku terima. Masalahnya, ada bunyi lalat yang tak berhenti menghina aku.
“Eee.. Anak haram. Mesti hg ikut perangai mak hang kan. Kotor.”
“Perempuan murahan je ni”
“Anak haram ni tak boleh masuk syurga tau”
“Anak haram? Eee aku haramkan dia kawan dgn aku. Jijik!”
“Eh.. Hang taknak ikut mak hang ka? Kalau nak aku ada. Ahahha”
“Anak haram! Anak Haram! Anak Haram!” (Buat lagu lagi okay!)
Itu baru kawan2.Merendah-rendahkan aku sampai aku terganggu. Mana2 aku pergi, ada ja lalat2, ungas berbisik. Ada jugak harimau mengaum dari jauh semata-mata nak menghina. Tak dengar lagi mulut puaka makcik-makcik. Allahu.. Yang punya pegangan agama kuat pun sama ja. Sedih. Dihinanya aku.
“Aku tak mau la bernantukan budak tu. Tah keturunan sial mana dia bawak. Eii”
“Entah-entah ikut perangai mak dia. Jual diri.”
“Mintak simpang la ada orang mcm tu dalam keluarga aku”
“Tu lah anak haram tu. Pembawa badi. Jangan berkawan dengan dia”
“Budak tu bawak sial.”
Allah.. Allah.. Remuk hati aku. Setiap kali aku dengar, aku tak tahan sebak, aku menangis sendiri. Bertapa hinanya aku dimata mereka. Allah..
Pernah aku berkawan dengan seorang lelaki. Boleh dikatakan agamanya baik. Bila aku ceritakan status aku, hah!
“Anak luar nikah? Anak haram!? Entah kau pun sama macam mak kau. Jijik!” sedapnya berbahasa menghina.
Aku tak pernah minta jadi mcm ni. Aku tak minta dan aku tak mahu! Tapi Allah SWT dah aturkan dan aku redha. Aku dilahirkan tanpa setitis pun suus ibu yang masuk dalam perut aku. Aku diserahkan kpda mak abh aku pada usia aku baru 14 hari dengan sebotol susu yang hampir habis, kain lampin yang koyak, bantal baby kecil dan kain batik lusuh.
Pernah aku terjumpa hadith (palsu). Ya Allah. Ujian apakah ini. Dengan tajuk utamanya memang buat aku terduduk menangis.
“Anak Luar Nikah (ANAK HARAM) Tidak Akan Masuk Syurga”
Wah!!!! Sebegitu sekali! Bencinya terhadap orang berstatus sedemikian rupa, maka diciptanya hadith begitu. Apa dosa kami sampai tak boleh masuk syurga? Takkan lah dosa mak ayah kami lakukan, kami yang menanggung?? Ahahahhaa. Entah ada atau tidak hadith tu sekarang. Allah…
Aku redha. Aku bersyukur. Walaupun aku hidup dengan status yang memeritkan, tapi Allah kurniakan aku satu pasangan yang sangat2 baik. Syurga buat mereka , Ya Allah. Mereka jaga aku, didik aku selayaknya, sayangi aku walaupun aku bukan darah daging mereka. Tak pernah sekali pun mereka menghina mengherdik aku malah mereka sebaiknya mendidik aku.
Walaupun aku berstatus anak luar nikah, Allah berikan aku akal dan pemikiran yang cerdas. Allah berikan aku kepandaian, Allah berikan aku kekuatan, Allah berikan aku kebahagian, Allah berikan aku kesabaran yang sangat tinggi untuk aku.
Aku redha. Aku kuat. Biarlah mereka dengan pemikiran singkat mereka. Aku terima. Aku hanya mengharapkan balasan Allah suatu hari nanti. Makcik yang mengata aku dulu, sekarang dia punya cucu luar nikah. Yang menghina aku, anak mereka dah jauh dalam gelap. Allah swt bayar tunai sekarang ni. 
Sekarang aku berkawan dengan seorang lelaki. Aku cerita siapa aku diawal perkenalan, takut nanti dia tak dapat terima, dan aku juga kecewa. Alhamdulillah, dia menerima aku seadanya. Menangis dia dengar kisah aku. Katanya bukan salah aku, itu salah mak ayah kandung aku sendiri. Aku bayi yang dilahirkan suci tanpa dosa seperti bayi yang lain. Alhamdulillah…
Aku tak boleh ubah pandangan dan mentality masyarakat terhadap orang berstatus seperti aku. AKu cuma harap, suatu hari nanti, Allah membuka mata dan pintu hati mereka untuk menerima orang2 yang senasib dengan aku.
Pembaca sekalian. Kalau ada diantara sahabat anda berstatus sebegini, jangan dihambur perkataan ANAK HARAM. Percayalah sakitnya mendalam menusuk kalbu. Harapnya, pambaca semua boleh menerima aku dan orang2 seperti aku. Maafkan aku andai perkongsian ini membuatkan pembaca terasa sakit hati atau benci. Yang baik itu daripada Allah SWT. Yang buruk, dari diri kita sendiri.
Assalamualaikum – Nina 
– Nina
ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment