Nombor 4 sah milik Redmi Note

No 4 sah milik Redmi Note, itu yang dinyatakan dalam video terbaru dalam Facebook Mi Malaysia hari ini. Akan datang! Dengan lebih maklumat pada 8 Mac 2017, jam 12 tengah hari.

Setelah model telefon disahkan, maklumat lain yang perlu adalah tarikh jualan dan harganya. Menurut SoyaCincau, mereka menerima tips dari pembaca yang menyatakan Redmi Note 4 akan mula dijual pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

Tambahnya lagi, ia akan datang dalam model 3GB RAM + 32GB storan sahaja, berbeza dengan India yang mempunyai 3 variasi Redmi Note 4. Harganya pula dikatakan RM799 sahaja, dengan tiga pilihan warna iaitu Emas, Hitam dan Kelabu.

Redmi Note 3 apabila pertama kali dilancarkan di Malaysia telah dijual pada harga RM849 untuk model 3GB RAM + 32GB storan, dan RM749 untuk 2GB RAM dan 16GB storan.

Malaysia dijangka menerima Redmi Note 4 yang sama seperti di India. Bermakna, ia akan memiliki pemproses Snapdragon 625 8-teras. Walaupun dilihat lebih rendah dari Redmi Note 3 yang menggunakan Snapdragon 650, Xiaomi menyatakan Snapdragon 625 memberi jangka hayat bateri 25% lebih lama.

Skrin Redmi Note 4 kekal berukuran 5.5-inci HD Penuh, dengan kaca melengkung 2.5D di atasnya. badannya diperbuat dari besi sepenuhnya, dengan pengimbas capjari terletak di belakang. Satu lagi perubahan, pembesar suaranya kini terletak di bawah telefon, bukan lagi di belakang.

Kamera belakang Redmi Note 4 menggunakan sensor 13MP f/2.0 bersama dwi=LED Flash dan foksu PDAF, manakala kamera depan 5MP f/2.0 berfokus tetap. Baterinya masih sama, berkapasiti 4,100mAh dijana kuasa oleh pengecas 5V/2A menerusi port mikroUSB.

Redmi Note 4 menyokong dua kad sim 4G LTE, dengan slot kedua berkongsi tempat dengan kad mikroSD. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan antaramuka MIUI 8.

Jika benar Redmi Note 4 berharga RM799, ini bakal meletakkannya sebagai peranti di bawah RM1,000 terbaik untuk dimiliki. Tetapi Mi Malaysia harus menyediakan stok secukupnya, dan tidak mengulangi mengatasi masalah ketiadaan stok seperti yang dialami Redmi Note 3 sebeleum ini.

[SUMBER: Facebook Mi Malaysia, SoyaCincau]

The post Nombor 4 sah milik Redmi Note appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2men6DE .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment