PM tiba dari Jakarta untuk mempengerusikan mesyuarat MKN

PETALING JAYA, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebaik tiba dari Jakarta petang ini, berhubung tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, pada pukul 5.40 petang dan mempengerusikan mesyuarat itu di situ.

Beliau berada di Jakarta sejak semalam bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir hari ini.

Antara yang hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana Menteri pagi ini mengeluarkan arahan dari Jakarta supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara.- Bernama

The post PM tiba dari Jakarta untuk mempengerusikan mesyuarat MKN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n14pTZ .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment