Suspek bunuh Jong-nam sembunyi di kedutaan Korea Utara

GEORGETOWN, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam masih berada di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang menunggu untuk suspek berkenaan menyerah diri, dan menambah bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka sekiranya gagal berbuat demikian.

Katanya, ada tiga suspek di Kedutaan Korea Utara, termasuk kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo.

“Berapa lama lagi mereka hendak bersembunyi di kedutaan itu. Jika suspek enggan menyerah diri dengan baik, PDRM akan guna alternatif lain terhadap mereka.

“Kita akan memaksa mereka menghadirkan diri mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, ke semua suspek berkenaan dikehendaki polis bagi membantu siasatan ke atas kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Khalid berkata, pihaknya juga telah meminta supaya pihak berkuasa Korea Utara menyerahkan suspek kepada polis.

Jong-nam meninggal dunia selepas diserang dengan senjata kimia yang dikenali sebagai ejen saraf VX oleh dua suspek wanita warga Indonesia dan Vietnam.

Dua suspek wanita yang dipercayai melakukan perbuatan itu, iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah,25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong,29.

The post Suspek bunuh Jong-nam sembunyi di kedutaan Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mwuPPP .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment