Lelaki berdarah jenis A, B atau AB 4 kali ganda alami lemah batin berbanding darah jenis O

Jutaan lelaki di United Kingdom mengalami masalah ketika bersama pasangan akibat pelbagai faktor, termasuk umur, obesiti serta penyakit seperti diabetis dan kini, saintis mendakwa ada punca lain menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.

Kajian mendapati lelaki berdarah jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk berbanding mereka yang darahnya jenis O.

Kira-kira 44 peratus lelaki di United Kingdom mempunyai darah jenis O.

Kajian mendapati seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu ketika dalam hidup dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun.

Kajian terbaru jenis darah mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu dilakukan pasukan di Universiti Ordu, Turki.

Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar memastikan ketegangan berterusan.

Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati lelaki yang darahnya jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.

Hanya 16 peratus mereka yang berdarah O menghadapi masalah untuk tegang berbanding 42 peratus yang berdarah jenis A.

Saintis yang membuat penemuan itu menyatakan fakta itu menyokong kajian sebelum ini bahawa jenis darah juga mempengaruhi kemungkinan risiko sakit jantung.

Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual namun sejak 100 tahun lalu, saintis mengesyaki ia mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser.

Masalah jantung contohnya, kurang ditemui pada lelaki yang darahnya jenis O. – DM

 

Sumber: Harian Metro

Sumber Lelaki berdarah jenis A, B atau AB 4 kali ganda alami lemah batin berbanding darah jenis O
===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lzeaMg .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment