17 sebab permohonan BR1M ditolak, gagal

UPDATE: Untuk makluman, permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan) tuan / puan TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Tuan / puan boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.

Berikut antara sebab dan punca kenapa permohonan BR1M anda ditolak.

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  6. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
  9. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  10. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  11. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  12. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  13. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  14. Permohonan lebih daripada satu kali.
  15. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  16. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  17. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lXg3hW .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment