Korea Utara lancar 4 peluru berpandu, AS, Korea Selatan dan Jepun dalam keadaan berjaga-jaga

SEOUL, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Korea Utara, hari ini dilaporkan melancarkan empat peluru berpandu balistik ke Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun dengan tiga daripadanya memasuki perairan Jepun.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Seoul dan Amerika Syarikat sedang mengalisis data untuk mendapat maklumat lanjut berhubung pelancaran itu

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, keempat-empat peluru berpandu itu dilancarkan hampir sekaligus dan tiga daripadanya memasuki kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

“Dari segi jarak, peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,000 kilometer,” menurut kenyataan itu.

Seoul berkata, angkatan tenteranya kini memantau Angkatan Tentera Korea Utara untuk sebarang provokasi selain mengekalkan tahap kesediaan.

Manakala, pejabat presiden Korea Selatan berkata, pemangku Presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-Ahn mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Kebangsaan berhubung pelancaran itu.

Minggu lalu, Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan ketenteraan bersama yang membawa kemarahan Pyongyang kerana menganggapnya sebagai raptai provokatif dan persediaan serangan.

Bulan lalu, Pyongyang juga melancarkan peluru berpandu balistik pertamanya sejak Oktober tahun lalu yang dianggap Seoul sebagai tindakan menguji tindak balas kerajaan Amerika Syarikat baru di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada (C) bercakap kepada media selepas laporan mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara, di bangunan Parlimen di Tokyo, Jepun, 6 Mac, 2017. REUTERS / Issei Kato

The post Korea Utara lancar 4 peluru berpandu, AS, Korea Selatan dan Jepun dalam keadaan berjaga-jaga appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ma1YhZ .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment