Status AFC Malaysia-Korea Utara diketahui selewat-lewatnya esok

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Status perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang bakal diketahui selewat-lewatnya esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini bagi mengetahui perkembangan terkini perkara berkenaan sebelum sebarang keputusan dilakukan.

“Keputusan perbincangan itu serta status perlawanan akan dimaklumkan oleh FAM kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini atau esok,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Malaysia dijadual menentang Korea Utara di Stadium King II-sung pada 28 Mac ini.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang selepas berlaku pembunuhan warga Korea Utara, Kim Chol pada 13 Februari lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada 4 Mac mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia.- Bernama

The post Status AFC Malaysia-Korea Utara diketahui selewat-lewatnya esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ma4dBM .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment