Beri sebab kukuh jika mahu tukar pemerintahan di Kelantan

KOTA BHARU, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Mana-mana pihak yang berhasrat menukar pemerintahan PAS di Kelantan perlu tampil menyatakan sebab yang kukuh untuk berbuat demikian, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ini kerana, katanya, ada individu yang terus-menerus mendakwa kerajaan negeri gagal memberi kebajikan kepada rakyat.

Walhal, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri kini berpandukan kepada keberkatan dan juga kebajikan.

“Apa lagi yang kita tidak berikan manfaat kepada rakyat, kita mampu melahirkan golongan tahfiz di sekolah kelolaan kita.

“Apa lagi yang kita mahu, adakah hanya makan minum yang sedap kemudian ‘keluar’ setiap hari?” soal beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian pecah tanah Pasar Binjai dekat Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini kerajaan negeri menguruskan 89 buah sekolah dengan seramai 40,000 pelajar yang didedahkan ilmu agama dan akademik.

Atas kegigihan itu katanya, Kelantan mampu melahirkan modal insan yang baik walaupun terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU).

Beliau turut menyatakan kekaguman dengan kebolehan qari remaja cacat penglihatan, Muhammad Qayyim menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Kelantan 2017.

Muhammad akan mewakili Kelantan dalam pertandingan tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Melaka, ujarnya.

“Begitu hafizah umur 15 tahun menghafal 30 juzuk yang boleh mentafsir al-Quran secara bebas.

“Kita memerintah negeri ini berpandukan syariat agar semua rakyat dari pelbagai lapisan dapat merasai keberkatan dalam hidup,” katanya.

The post Beri sebab kukuh jika mahu tukar pemerintahan di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m9Vn7i .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment