Korea Utara jangan hina kedaulatan negara: PM

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan Korea Utara menghina kedaulatan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mengutuk kenyataan menghina pejabat Korea Utara, beliau berkata, mereka sepatutnya menghormati kedaulatan Malaysia dan membuat permohonan maaf serta menarik balik tuduhan itu.

“Sesiapa sahaja yang datang ke sini mesti menghormati kita. Jika mereka membuat tuduhan tidak berasas, mereka perlu memohon maaf dan menarik balik apa yang dikatakan.

“Tetapi mereka tidak berbuat demikian, jadi kita telah mengambil tindakan untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai persona non grata. Tiada siapa boleh menghina dan memandang rendah pada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini sebagai mengulas dakwaan Kang Chol dan Pyongyang bahawa Malaysia bersubahat dengan Korea Selatan berhubung kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari lepas.

Susulan kenyataan itu, Wisma Putra mengisytiharkan Kang sebagai persona non grata dan memberinya tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia yang dijangka tamat kira-kira 6 petang ini.

The post Korea Utara jangan hina kedaulatan negara: PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n4yYYq .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment