Bukan Debat Tetapi Pertemuan, Terpulanglah Kepada Auntie Sama Ada Nak Dialog Atau Nak Debat.

SHAH ALAM – “Bukan perdebatan, tetapi pertemuan,”. Demikian respons Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya terhadap peguam Siti Kassim yang menolak perdebatan antara beliau dengan pendakwah Dr Zakir Naik.

Menurut Fathul Bari, beliau boleh mengaturkan pertemuan tersebut dan menyerahkan kepada Siti Kassim untuk menentukan format pertemuan.
“Cuma, setelah bertemu terpulanglah kepada Auntie (Siti Kassim) sama ada nak dialog, nak tanya soalan atau nak debat. Terpulang kepada Auntie,” tulisnya dalam status di Facebook, hari ini.
Menurut Fathul Bari, beliau memberi jaminan tiada sebarang penindasan hak bersuara dan pembulian dalam pertemuan itu.
“Insha-ALLAH saya akan pastikan Auntie dan akak Asiah (Jalil) ditemani oleh muslimah-muslimah yang berakhlak tinggi,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Siti Kasim, Asiah tolak debat dengan Dr Zakir]
Beliau turut membidas Siti Kassim yang menyifatkan pertemuan dengan Dr Zakir sebagai membuang masa.
“Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kepada Dr Zakir itu dikira memanfaatkan masa? Bagi saya itu tidak adil.
“Bahkan bercanggah prinsip hak asasi yang Auntie perjuangkan. Auntie seolah-olah tidak mahu beri ruang untuk Dr Zakir mempertahankan diri,” katanya.-Sinar Harian

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mrSlgO .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment