Usir Kang Chol: Negara lain akan buat keputusan sama jika kedaulatan dipersoal

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Menteri Pertahanan, menegaskan bahawa negara lain pasti mengambil tindakan sama seperti Malaysia sekiranya terdapat individu yang mempersoal kredibiliti sesebuah negara.

Beliau berkata, seluruh negara di dunia mengetahui sebab Malaysia berbuat demikian.

Katanya, semua itu atas dasar kewajaran untuk terus memelihara kedaulatan dan undang-undang negara.

“Saya sudah buat kenyataan yang mengatakan tindakan duta itu sebelum ini sebagai biadap.

“Apa yang diluahkan (oleh duta itu) berdasarkan pertimbangan apa? Mungkin Kang Chol melihat ia (kenyataannya sebelum ini) sebagai tanggungjawab beliau kepada pucuk pimpinan di Korea Utara.

“Paling penting, kepentingan dan pendirian negara kita. Sekiranya rakyat bersama kita, tiada siapa boleh memperlekehkan dan memperkotak-katikkan negara kita,” katanya ketika di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Difahamkan, tempoh yang diberikan untuk Kang Chol meninggalkan Malaysia akan tamat pada 6 petang ini.

Pengusiran Kang Chol dibuat selepas gagal berjumpa dengan pihak Kementerian Luar dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini berhubung siasatan polis terhadap pembunuhan Jong-nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

The post Usir Kang Chol: Negara lain akan buat keputusan sama jika kedaulatan dipersoal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mKuH01 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment