KLIA, KLIA2 sedia laksana perintah larangan keluar warga Korea Utara

SEPANG, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Golongan petugas barisan hadapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kini siap sedia melaksanakan perintah melarang warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini.

Segala urusan berjalan seperti biasa di kedua-dua lapangan terbang negara paling sibuk itu ketika pihak berkuasa termasuk Imigresen dan polis mengendali pusat dan stesen masing-masing.

Seorang anggota polis bantuan di dewan pelepasan KLIA dilihat memeriksa rapi dokumen dan butiran penerbangan penumpang sebelum membenarkan mereka menunju ke kaunter Imigresen.

“Kami akan bertindak mengikut arahan,” kata beliau ketika ditanya mengenai langkah melaksanakan larangan itu.

Media melaporkan Korea Utara melarang warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu, hingga mencetuskan tindak balas dari pihak Malaysia.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di klia2 pada 13 Februari.

Dilaporkan Kim Jong-nam, yang menggunakan pasport memakai nama Kim Chol, sedang menunggu penerbangannya ke Macau di klia2 pada 13 Feb bila tiba-tiba dua wanita menyapu mukanya dengan cecair yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX. – Bernama

The post KLIA, KLIA2 sedia laksana perintah larangan keluar warga Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mAPbHX .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment