Tatap Gambar Ibu & Ayah Ketika Jawab Peperiksaan, Pelajar Ini Buat Netizen Sebak & Kagum

Biasanya, kita akan meletakkan perkakasan menjawab soalan serta sebotol air di atas meja ketika menjawab soalan peperiksaan. Malah, bagi memastikan konsentrasi maksimum, ada juga yang tidak meletakkan apa-apa di atas meja kecuali kertas peperiksaan dan sebatang pen.

Bagaimanapun, bagi pelajar sekolah ini, gambar ibu bapanya mampu memberikan motivasi kepadanya untuk menjawab peperiksaan.

Foto pelajar terbabit dikongsi oleh seorang guru, Mohd Syazwan Shamsudin, di Facebook.

“Tengah jaga peperiksaan, duduk perhati ada seorang pelajar ni dompet sentiasa terbuka letak atas meja.

“Bila datang dekat rupanya ada gambar mak ayah dia, nak bagi motivasi katanya. Nak suruh simpan pun tak sampai hati.

“Tersentuh kejap, aku dulu jangan kata nak buat macam tu, gambar Mak Abah pun tak pernah ada dalam dompet.

Aksi pelajar berkenaan seterusnya mendatangkan perasaan sebak dan kagum kepada netizen.

Hana Fadzil berkata: “Tiba-tiba pulak sebak..hahaha..time SPM hari tu tak buat macam tu..😭 segala harta benda tinggal luar dewan..”

Intan Suriati Abd Manaf pula berkata: “Wehhhhh sedihhhhh 🤢😭😭😭 tolong bagi dia A please cikgu 😭😭😭 all d best dik!”

“Ini antara motivasi tbaik untk mana2 budak especially budak asrama yg ddk jauh daripada family..sedih..tp itula yg jd sumber kekuatan untuk belajar rajin2 n skor.. :)” tulis Tatiana Suhaimi pula.

Selain itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum terhadap pelajar berkenaan dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik.

Sumber: Mohd Shamsudin

Let’s block ads! (Why?)

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lSqItq .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment