37 pekerja warga Korea Utara ditahan salah guna pas lawatan sosial di Sarawak

BANGI, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Seramai 37 pekerja pembinaan warga Korea Utara ditahan hari ini selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke Sarawak dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Memetik laporan Berita Harian, semua pekerja terbabit ditahan dalam operasi rutin oleh Jabatan Imigresen termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin di sebuah tapak pembinaan di Kuala Tatau, antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sumber berkata, operasi terbabit adalah susulan arahan dikeluarkan kerajaan yang melarang warga Korea Utara di negara ini meninggalkan Malaysia, selain mewajibkan visa kepada rakyat mereka.

“Ketika operasi dilakukan, sebahagian besar pekerja terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana pasport masing-masing disimpan oleh majikan mereka.

“Agensi berkaitan sedang berhubung dengan majikan terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk membantu siasatan, selain mematuhi prosedur berkaitan,” katanya.

Katanya, sebahagian besar pekerja terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah, malah menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.

“Semua pekerja terbabit mempunyai rekod dengan Jabatan Imigresen untuk memohon permit kerja, namun tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Katanya lagi, kesemua mereka akan didenda RM300 atas kesalahan tinggal lebih masa dan bayaran RM100 untuk pas khas selama 30 hari sejurus menerima pasport daripada majikan masing-masing.

Mereka kemudiannya diberi tempoh 30 hari untuk proses pengusiran ke negara asal dengan pasport mereka disimpan Jabatan Imigresen sementara menunggu prosedur itu.

“Setiap pekerja terbabit perlu menanggung sendiri kos tiket penerbangan masing-masing untuk pulang ke negara asal,” katanya.

The post 37 pekerja warga Korea Utara ditahan salah guna pas lawatan sosial di Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2meDJPX .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment