Duta Korea Utara tinggalkan Malaysia selepas dihalau

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang diisytiharkan sebagai Persona Non Grata oleh Kerajaan Malaysia, akhirnya meninggalkan kedutaan negara itu di Bukit Damansara di sini, kira-kira jam 3.56 petang tadi.

Dia dilihat bersama seorang wanita dipercayai isterinya dan kanak-kanak perempuan meninggalkan bangunan kedutaan itu menuju ke Lapangan Terbang ANtarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menaiki penerbangan MH360 ke Beijing jam 6.25 petang ini sebelum kembali ke negaranya.

Lebih 100 wartawan dan jurukamera dari dalam dan luar negara berkumpul di luar pintu pagar kedutaan Korea Utara sambil dikawal anggota polis.

Sebelum ini Kang Chol lantang mengkritik Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia berikutan pembunuhan Jong-nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di klia2.

Berikutan itu, Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara, Sabtu lalu mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang hari yang sama.

Ini bermakna tempoh yang diberikan untuk Kang Chol meninggalkan Malaysia akan tamat pada jam 6 petang ini.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalannya berjumpa dengan Kementerian Luar dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Kerajaan Malaysia.

Sementara itu, ketika ditemui di KLIA petang tadi, Kang Chol menyifatkan keputusan Kerajaan Malaysia mengisytiharkan dirinya ‘Persona Non Grata’ sebagai melampau.

Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara yang dibina sejak 40 tahun lalu.

The post Duta Korea Utara tinggalkan Malaysia selepas dihalau appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mvcjYB .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment