Sikap monopoli kekang pertumbuhan ekonomi negara: Sultan Nazrin

PETALING JAYA, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Sikap memonopoli dalam ekonomi sesebuah negara boleh mengekang pertumbuhan ekonomi negara berkenaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah, apabila syarikat-syarikat mula menunjukkan sikap monopoli, pengguna yang menjadi mangsanya.

“Bahayanya sikap sedemikian diperakui Adam Smith, yang dikenali sebagai bapa ekonomi, dalam bukunya ‘Wealth of Nations’ di mana beliau menyatakan bahawa monopoli yang diberi kepada individu atau syarikat perdagangan mempunyai kesan sama seperti rahsia dalam perdagangan dan pembuatan.

“Beliau seterusnya menyatakan bahawa apabila golongan dalam bidang sama bertemu, ia selalunya berakhir dengan konspirasi terhadap orang awam, atau dalam sesetengah keadaan menyebabkan berlakunya peningkatan harga,” titah Sultan Nazrin merasmikan Persidangan Persaingan Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Baginda bertitah, walaupun pertemuan itu tidak dapat dielakkan, namun adalah menjadi tugas pembuat dasar untuk mengurus dan mengawal selia hasil mereka.

“Bagi Malaysia, MyCC memainkan peranan penting dan mencabar melalui pelaksanaan Akta Persaingan 2010,” titah baginda.

Bagaimanapun, Sultan Nazrin bertitah, dari perspektif ekonomi, persoalan mengawal selia kuasa monopoli melibatkan perbandingan kos dan manfaat.

“Hujah ekonomi boleh mewajarkan keperluan operasi berskala besar bukan berdaya saing bagi beberapa keadaan termasuklah apa yang dikenali sebagai monopoli semulajadi.

“Ini merujuk kepada keadaan dengan kos tetap dan ekonomi skala tinggi, yang memerlukan pelaburan besar untuk mencapai paras pengeluaran optimum,” titah baginda sambil memberitahu bahawa ini mungkin mewajarkan kewujudan pemain pasaran yang dominan.

Dalam kes sedemikian, Sultan Nazrin bertitah daripada menguatkuasakan dasar persaingan, kerajaan boleh menerima pakai dasar yang menggalakkan atau melindungi terutamanya bagi sektor yang mempunyai kepentingan nasional atau strategik. – Bernama

The post Sikap monopoli kekang pertumbuhan ekonomi negara: Sultan Nazrin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mL9vXB .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment