10 Telefon Nokia Boleh Rekarnasi Selain 3310

Baru-baru ini, Nokia cuba meggamit memori penggunanya selepas memperkenalkan kembali telefon ikonik Nokia 3310 yang mereka lancarkan 17 tahun yang lalu, bersama-sama Nokia 3,5, dan 6 dalam usaha memposisikan jenama Nokia di tengah-tengah lautan pesaing lain.

Tetapi 3310 bukanlah satu-satunya telefon keluaran Nokia yang terkenal satu ketika dulu. Terdapat puluhan telefon lain yang sebaris dengan Nokia 3310.

Nokia memang pengeluar telefon yang berwibawa. Lapan daripada 10 telefon paling laku keras dalam sejarah adalah buatan Nokia dengan Nokia 1100 menjadi peneraju apabila menjual 250 juta telefon. Apple mengekori rapat apabila iPhone 6 & 6s Plus mereke terjual sebanyak 220 juta unit.

Maka, selain Nokia 3310, apakah model lain yang boleh Nokia pertimbangkan untuk diberi nafas baru?

  1. Nokia 7650
  2. Nokia N90
  3. Nokia N-Gage
  4. Nokia 808
  5. Nokia E72
  6. Nokia N95
  7. Nokia 8250
  8. Nokia 5210
  9. Nokia E90
  10. Nokia N900

Tergolong dalam siri “fashion & experimental”, Nokia 7650 dilancarkan dalam November 2001 bersempena dengan filem Minority Report. Telefon ini menjadi yang pertama dalam beberapa kategori seperti telefon berskrin warna pertama, telefon Symbian OS pertama, dan Nokia pertama memiliki kamera terbina padanya dengan sensor 0.3MP untuk berikan gambar sebesar 640×480.

Daripada segi teknikal, ia menggunakan CPU RISC dengan kelajuan 104 MHz. Ia memiliki 4MB RAM dan 16MB ruang storan.

Siri N adalah penerus legasi siri 7 selepas Nokia mula menggunakan abjad sebagai kategori telefon premium berteknologi tinggi mereka. Telefon dalam kategori ini miliki pelbagai teknologi canggih dalam satu pakej. Salah satunya adalah N90 yang dilancarkan dalam April 200.

N90 menggunakan konsep skrin boleh kilas yang unik kerana ia boleh bertukar menjadi seperti perakam video. Ia memiliki kamera 2MP dengan kaca Carl Zeiss yang boleh diputarkan.

Model seperti N92, N93, dan N93i memiliki reka bentuk yang hampir sama dalam kalangan mereka dan menerima beberapa penambahbaikkan seperti pemproses yang lebih pantas dan keupayaan zum optikal.

N-Gage adalah hibrid telefon dan sistem permainan mudah alih yang dilancarkan Oktober 2002. Ia adalah cubaan Nokia untuk menembusi pasaran yang ketika itu didominasi Game Boy Advance. Jangan tak percaya, Nokia pun ada platform dalam talian untuk penggunanya bermain sencara multi-player, tahu?

N-Gage menggunakan medium katrij untuk menyampaikan permainannya. Walau bagaimanapun, oleh sebab masalah rekaan, pengguna perlu mengeluarkan bateri untuk menukar katrij permainan. Sudahnya, pemain lebih selesa memuat turun permainan cetak rompak dan memindahkannya kepada telefon secara wayarles.

Nokia mengakui mereka gagal bersaing dengan pemain yang lebih gagah kerana mereka hanya berjaya menjual 5,000 unit N-Gage dua minggu pertama ia dilancarkan. Mungkinkah N-Gage akan miliki peluang bersaing pada hari ini jika ia mengguna Android?

Menjadi telefon Symbian yang terakhir, Nokia 808 masih memegang takhta sebagai telefon bersensor kamera terbesar sejak ia dilancarkan dalam Mei 2012. Telefon ini memiliki sensor 41MP, 4 kali lebih besar daripada norma, dengan kaca Zeiss berapertur F2.4.

Walaupun tiada zum optikal, telefon ini memanfaatkan sensor gergasinya untuk memberikan zum digital sejauh 2.5x tanpa kehilangan ketajaman imej. Selain kaca optikal dan sensor, kamera PureView mempunyai ND Filter dan Xenon flash, menjadikannya antara kamera termaju pernah dihasilkan untuk telefon.

Nokia E72 berada dalam kategori Eseries dan memberi fokus pada golongan usahawan yang perlu berhubung bukan saja dengan telefon, malah dengan emel. E72 adalah salah satu usaha Nokia untuk bersaing dengan Blackberry yang ketika itu laku keras di negara terutamanya Indonesia dan Malaysia. Ia dipuji kerana kualiti binaannya yang kemas dan memiliki ketahanan yang tinggi.

Memiliki papan kekunci QWERTY sama seperti telefon-telefon hasilan Blackberry, E72 adalah pengganti kepada E71 yang ditambah baik daripada segi pemproses dan kamera belakang serta memiliki GPS untuk tujuan navigasi.

Nokia E73 dilancarkan dalam Jun 2009 di Singapura.

Dinobatkan sebagai antara telefon Symbian terbaik sepanjang zaman, N95, mempunyai pelbagai fungsi dalam satu pakej yang kecil. Telefon ini dilancarkan dalam Mac 2007, beberapa bulan sebelum iPhone pertama hadir merevolusikan industri telefon pintar.

Dalam badan berdimensi 99×53×21 mm, pengguna menerima telefon berkeupyaan berhubung dengan rangkaian 3.5G, pemancar inframerah, Wi-Fi, Bluetooth, Radio FM, navigasi GPS, pemain multimedia, dan perekod kesihatan melalui akselerometernya.

Telefon dalam kelas slider ini menggunakan CPU daripada Texas Instrument dan mempunyai 128MB RAM serta 147.3MB storan dalaman. Ia juga memiliki GPU-nya sendiri dan menyokong platform N-Gage untuk bermain.

Sewaktu dilancarkan dalam tahun 1999, Nokia 8210 adalah telefon paling kecil dan ringan pernah Nokia hasilkan. Ia hadir di Malaysia dengan nama Nokia 8250 dan menerima jolokan Nokia Butterfly dek rekaan butang navigasinya.

Jumlah beratnya cuma 79g dan mempunyai paparan monokrom serta dikuasakan bateri sebesar 650 mAh. Satu lagi ciri menarik pada Butterfly adalah papan pemuka depannya boleh ditanggal dan ditukar mengikut gaya pengguna.

Memori telefon boleh menyimpan sehingga 250 entri manakala aplikasi kalendar boleh menyimpan sehingga 50 entri nota.

Nokia 5210 dilancarkan dalam bulan Disember 2001. Telefon ini unik kerana cengkerang luarnya dilitupi getah yang menjadikannya kalis gegaran dan kalis air. ia juga satu-satunya telefon Nokia yang ada LED cahaya belakang bewarna jingga, sedangkan telefon lain LED-nya berwarna putih.

Terdapat termometer pada telefon ini untuk mengukur suhu bateri. selain daripada ciri-ciri itu, Nokia 5210 adlaah sebuah telefon biasa.

Nokia siri Communicator berada dalam kelasnya tersendiri kerana ciri-ciri unik yang ia miliki seperti papan kekunci QWERTY dan reka bentuk yang lebih menurus pada golongan enterprise. Nokia E90 adalah Communicator generasi kelima Nokia yang dilancarkan pada 2007.

Padanya, pengguna beroleh fungsi navigasi GPS, WiFi, dan membalas emel menerusi aplikasi natif. Kameran 3.2 MP-nya boleh tahan hebat. Ia menyertakan fungsi manual yang membolehkan pengguna mengubah pemboleh ubah seperti ISO, White Balance, dan sebagainya.

Penggunaan sistem operasi Symbian OS S60 3rd Edition memungkin penggunaan paparan WVGA secara keseluruhan. Setiap inci antara muka digunakan secara berhemah.

Nokia N900 adalah percubaan Nokia untuk terus releven dalam arena telefon. Dilancarkan pada tahun 2009, Nokia mula terasa goyah dengan kehadiran iPhone serta Android dalam kategori telefon pintar. Maka, mereka membangunkan sistem operasi mereka tersendiri, Maemo 5 yang kemudiannya ditukar kepada sistem operasi MeeGo.

Telefon ini menggunakan CPU TI OMAP sepantas 600 MHz dengan RAM seluas 256MB yang boleh diluaskan sehingga 1GB menggunakan fungsi memori maya. Selain memiliki papan kekunci QWERTY, ia juga ada panel paparan sentuh sebesar WVGA.

Tahu tak yang N900 juga menyokong Android 2 Gingerbread? Nokia sudah lama menimbang untuk gunakan Android sebagai sistem operasi mereka, tetapi entah bagaimana Windows Phone mencuri tempat itu.

[Sumber gambar: Nokia 7650Nokia N90, Nokia N-Gage, Nokia 808, Nokia E72Nokia N95Nokia 8250, Nokia 5210, Nokia E90, Nokia N900]

 

The post 10 Telefon Nokia Boleh Rekarnasi Selain 3310 appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n5geYH .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment