Dalam tempoh 15 tahun, Korea Selatan menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah disebabkan oleh industri hiburan mereka yang menjadi kegilaan remaja-remaja kita. Drama Korea dan K-Pop antara penyumbang terbesar kepada situasi ini dan membuka mata kita mengenali dan mengetahui mengenai negara yang terkenal dengan ginseng ini.
Namun bukan itu yang ingin dibicarakan mengenai Korea Selatan. Baru-baru ini, kemunculan seorang gadis cantik manis dari Korea Selatan yang bertudung litup dan berjubah sering kelihatan di media sosial
Facebook dan Instagram. Beliau juga menjadi perbincangan hangat dikalangan gadis-gadis dan jejaka-jejaka Malaysia terutama di Instagram. Tertarik dengan kecomelan dan caranya yang tak kekok dalam menggayakan hijab membuatkan kami ingin tahu siapakah sebenarnya gadis ini. Biasanya kita akan dapat melihat gadis-gadis dan selebriti Korea Selatan dengan pakaian yang agak terdedah dan seksi.
Setelah menyelidik dengan mendalam, kami mendapat jawapan mengenai gadis ini. Beliau yang diberi nama Ayana Moon Jihye ini berumur 22 tahun dan berasal dari Seoul, Korea Selatan. Sekali pandang, persis gadis melayu. Ayana merupakan seorang saudara baru dalam Islam setelah memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Beliau yang kini kerap berada di Malaysia kerana kerjayanga sebagai seorang model muslimah bagi sebuah jenama pakaian muslimah di Malaysia.
Gadis yang bermata bulat ini merupakan satu-satunya yang memeluk agama Islam dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya. Setelah sekian lama menjadi saudara baru, beliau kini tampil menceritakan pengalaman bagaimana dan apa yang membuatkan beliau tertarik dan memeluk Islam. Walaupun sebelum ini sering disoal bagaimana beliau boleh memeluk Islam, Ayana yang agak segan dan malu untuk berkongsi pengalaman beliau sebelum ini memberikan beberapa sebab mengapa sehingga kini baru dirinya lebih terbuka untuk berkongsi di dalam videonya.
"Pertamanya, kerana saya merupakan seorang yang masih baru dan mentah dalam agama Islam. Sebenarnya ada juga beberapa orang yang memeluk agama Islam, dan kemudiannya menukar kepada agama lain. Keduanya, ramai yang salah anggap yang saya melakukan segalanya untuk perniagaan halal (model muslimah), dan sesetengah mungkin akan menyalahkan dan menghentam mereka yang sentiasa membantu saya mempelajari mengenai Islam, jadi tak terlintas dalam fikiran saya untuk membuat video seperti ini," kata Ayana.
Tambahnya lagi, sesetengah orang mungkin akan prejudis dengan Islam kerananya, yang membuatkan beliau lebih takut dan ragu untuk berkongsi. Dan sebab terakhir adalah agak peribadi iaitu beliau risau dan takut ia akan memberi kesan buruk kepada keluarga dan rakan-rakannya kerana mereka bukan muslim. "Jadi, terus terang, ini merupakan sesuatu yang sangat mencabar untuk dilakukan," jelansnya.

ADS HERE
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:
Post a Comment