MWC 2017: Heartisans – Jam Yang Boleh Membaca Tekanan Darah Anda

Pasaran untuk peranti pintar jam, atau Wearables dilihat semakin menurun sekarang. Akan tetapi, teknologi ini ada juga manfaatnya, termasuklah untuk kegunaan kesihatan. Di MWC, terdapat sebuah syarikat startup yang menggunakan konsep ini, yang bernama Heartisans.

Syarikat ini memperlihatkan jam tangan prototaip mereka, Heartisan Watch, yang mempunyai kemampuan yang agak unik, berbanding dengan jenama-jenama jam pintar yang lain: Ia mampu membaca nilai tekanan darah anda.

Heartisan Watch ini menggabungkan teknologi pengesanan ECG (electrocardiography) dan PPG (photophletysmogram), untuk mendapatkan nilai Pulse Transit Time, sebuah parameter yang membenarkan sesuatu peranti membaca nilai tekanan darah anda tanpa perlu menggunakan peranti menyukat nilai tekanan darah yang biasa.

Dengan peranti ini, anda boleh memeriksa tahap tekanan darah anda pada bila-bila masa sahaja, tanpa perlu menggunakan mesin pemeriksaan tekanan darah yang mengambil masa lebih lama.

Syarikat Heartisans ini bermula dengan membangunkan teknologi pembelajaran mesin untuk meramal kebarangkalian berlakunya kejadian sakit jantung 10 minit sebelum ia berlaku melalui database ECG pesakit yang pernah mengalami serangan sakit jantung sebelum ini.

Teknologi ini juga sedang diuji di sebuah hospital di Hong Kong, dan ada kemungkinan besar ia akan dimasukkan ke dalam jam Heartisan Watch ini di masa yang akan datang,

Selain dari itu, jam Heartisans Watch ini juga mampu menunjuk data lain seperti jumlah langkah anda sepanjang hari, jumlah jam tidur, dan juga kadar degupan jantung anda.

Heartisans juga mempunyai aplikasi mudah-alih yang mampu menerima informasi daripada jam Heartisan Watch melalui Bluetooth, dan dengan aplikasi ini, anda boleh menghantar butiran tersebut kepada doktor ataupun ahli keluarga anda.

Buat masa ini, jam Heartisan Watch masih di dalam penghujung proses prototaip, dan menurut jurucakap syarikat, ada kemungkinan besar mereka akan memulakan pra-tempahan seawal bulan April nanti.

Layari: Heartisans


===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m8DBDr .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment