Wiko Ufeel Fab beri kesegaran sepanjang hari

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Wiko Ufeel Fab]

Wiko, jenama telefon pintar yang berasal dari Perancis kini kembali ke Malaysia, dengan Ufeel Fab. Skrin yang luas, bateri yang besar dengan kemasan neo-retro yang segar, pastinya menarik minat anak muda yang sukakan perkara bergaya.

Paparan Wiko Ufeel Fab seluas 5.5-inci, dipertajam dengan resolusi definisi tinggi dan diperhalusi dengan lengkung 2.5D di sisinya. Menggunakan teknologi On-cell, ia mengekalkan kecerahan dan ketajaman paparan walaupun di bawah terik matahari.

Bateri besar 4,000mAh, pastinya mampu menjana gaya hidup seharian anak muda yang trendy. Sentiasa berhubung, gemar bersosial dan berkongsi perkara menarik, semuanya boleh dilakukan dengan tenaga berganda Wiko Ufeel Fab, memastikan penggunaan yang tahan sepanjang hari.

Lebih menarik lagi apabila Ufeel Fab dilengkapi gandingan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP, yang kedua-duanya memiliki LED Flash untuk memastikan tangkapan sentiasa cerah dan berseri.

Seperti biasa, Ufeel Fab turut dilengkapi sistem keselamatan biometrik menggunakan pengimbas capjari, dengan kepelbagaian arahan dan tetapan boleh dilancarkan melalui imbasan capjari berbeza. Sungguh mudah, selamat dan cepat. Kurang dari 0.5 saat untuk membuka kunci skrin atau fail rahsia yang terdapat di dalamnya.

Kuasa 4-teras cip Cortex-A53, bersama 3GB RAM memastikan perjalanan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow di dalam Ufeel Fab, sentiasa lancar dan pantas. Storan dalamannya juga besar, seluas 32GB dan sedia menerima tambahan mikroSD 64GB, menyediakan lebih ruang untuk mengisi kreativiti minda muda remaja.

Teknologi yang tepat dengan rekaan yang menepati jiwa belia menjadikan Wiko Ufeel Fab sangat berbaloi dimiliki. Ia kini telah mula dijual di Malaysia, dengan harga pasaran RM799 sahaja.

Berminat? Layari lamanweb Wiko Mobile Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang Wiko Ufeel Fab, atau ziarahi Facebook Wiko Malaysia untuk berinteraksi dengan pakar telefon pintar dari Perancis ini.

innity_country = “MY”;
innity_path = “/201610_17851/64367/”;
innity_proxy = “proxy_177458”;
innity_ord = “ord=%%CACHEBUSTER%%”;
innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;

http://ift.tt/2izy9nW

The post Wiko Ufeel Fab beri kesegaran sepanjang hari appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m9PbvU .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment