Mi Malaysia beri petunjuk ketibaan Redmi Note 4

Tahukah anda, ada produk Mi yang baru akan sampai di Malaysia tidak lama lagi? Itulah yang diperkatakan oleh laman Facebook Mi Malaysia baru-baru ini. Status ini dimuat naik bersama satu gambar animasi GIF, yang memberi petunjuk kepada produk baru ini.

Tahukah anda apakah produk Mi yang akan sampai di Malaysia tidak lama lagi?

Posted by Mi Malaysia on Friday, March 3, 2017

Gambar animasi tersebut memperlihatkan dua bulatan berputar, serta garisan berlampu yang membentuk seperti huruf IV. Dari petunjuk ini, kami jangkakan ia adalah Redmi Note 4. Dua bulatan merujuk kepada kamera & pengimbas capjari di belakang. Manakala huruf IV adalah no 4 dalam tulisan Roman.

Redmi Note 4 baru sahaja dilancarkan di India pada Januari lepas. Ia merupakan model pasaran antarabangsa, yang akan dijual di negara-negara selain China. Jika jangkaan ini tepat, Malaysia akan dapat memiliki Redmi Note 4 tidak lama lagi.

Redmi Note 4 versi antarabangsa yang dilancarkan di India, dilengkapi pemproses Snapdragon 625 2.0GHz, berteknologi FinFET 14nm yang sangat jimat tenaga. Ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,100mAh bersama pengecas bisa 5V/2A.

Kamera Redmi Note 4 menggunakan sensor 13MP f/2.0 di belakang, dengan saiz piksel 1.12-mikron dan teknologi fokus PDAF yang pantas. Kamera depan pula 5MP f/2.0.

Skrinnya tidak berbeza dengan Redmi Note 3, berukuran 5.5-inci dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Badannya diperbuat dari besi sepenuhnya, dan disertakan pengimbas capjari yang terletak di bawah kamera belakang. Redmi Note 4 menyokong dua kad sim dan kad mikroSD, melalui slot hibrid.

Di India, terdapat 3 versi Redmi Note 4 dijual iaitu 2GB RAM bersama 32GB storan (INR 9,999 ~RM 653), 3GB RAM bersama 32GB storan (INR 10,999 ~RM 718) dan 4GB RAM bersama 64GB storan (INR 12,999 ~RM 849). Tiga warna diatawarkan iaitu Hitam, Kelabu dan Emas. Adakah Malaysia akan menerima kesemua versi ini? Redmi Note 3 sebelum ini, dijual dalam 2 versi di Malaysia.

Adakah kemungkinan produk lain yang akan diperkatakan Mi Malaysia nanti? Kami amat yakin, ianya adalah Redmi Note 4.

The post Mi Malaysia beri petunjuk ketibaan Redmi Note 4 appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m9Ylc5 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment