Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar

‘MISTERI’ kehilangan seorang paderi, Raymond Koh Keng Joo menimbulkan persoalan apabila sebuah rakaman video kamera litar tertutup (cctv) dipercayai memaparkan penculikan paderi berusia 62 tahun itu.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta berwarna perak dipercayai dipandu Keng Joo dipintas tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Menerusi rakaman itu, tiga SUV terbabit dilihat menghimpit kenderaan paderi berkenaan dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya.

Turut kelihatan sebuah kereta sedan dan dua buah motosikal yang mengawal keadaan serta seorang penumpang di dalam kereta seperti sedang merakam kejadian.

Pemerhatian mendapati, terdapat kira-kira 15 individu dalam rakaman tersebut yang dipercayai berlaku pada waktu pagi di sebuah jalan di Kelana Jaya, Selangor.

Rakaman video yang sudah disunting itu turut memaparkan turutan kejadian kononnya penculikan Keng Joo dari sudut bertentangan.

Bagaimanapun, video berdurasi tiga minit itu tidak memaparkan dengan jelas kejadian berkenaan kerana terdapat pokok yang menghalang pandangan dari sudut kereta mangsa.

Menerusi rakaman berkenaan, kejadian tersebut berlaku dalam masa 40 saat sebelum semua kenderaan yang terlibat berlalu pergi bersama kereta mangsa.

Rakaman video berkenaan tersebar semalam selepas 21 hari Keng Joo hilang tanpa khabar berita.

The Star melaporkan, keluarga Keng Joo dalam kenyataan menjelaskan tidak mengetahui kewujudan video berkenaan.

Menurutnya, video berkenaan mungkin telah disunting dengan memasukkan beberapa rakaman cctv yang lain.

“Kami tidak tahu siapa yang menghasilkan video ini,” katanya yang menyerahkan siasatan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Amat berkata, polis sedang menyiasat kesahihan rakaman berkenaan.

Menurutnya, polis akan menyiasat sama ada video terbabit adalah rakaman sebenar kejadian penculikan mangsa atau sebaliknya.

Keng Joo dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 pada 13 Februari lalu dan mangsa kali terakhir dilihat memandu seorang diri, menaiki kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D. – MYNEWSHUB

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lvyb6s .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment