Promosi Eksklusif Honor 8 sempena Hari Putih

Hari Putih merupakan satu sambutan yang agak popular di Jepun, dan Honor Malaysia mahu menyambutnya di Malaysia. Bermula dari 7 Mac 2017, Honor akan menyediakan pakej eksklusif Hari Putih bagi menyerikan lagi sambutan hari istimewa ini.

Pakej eksklusif Hari Putih Honor akan diisi dengan telefon pintar Honor 8 berwarna putih, yang memiliki kemasan kaca berkilauan di belakang. Ia disertakan bersama jam pintar Honor Band Z1 juga berwarna putih, coklat putih Shiroi Koibito dan sabun ros putih. Pakej eksklusif yang bernilai lebih RM2,000 ini, akan dijual pada harga eksklusif RM1,834 sahaja.

Promosi ini akan berjalan dari 7 hingga 14 Mac 2017, di stor Huawei dan Honor terpilih, serta di stor online Vmall Malaysia. Senarai penuh stor terpilih ini boleh dirujuk di bawah.

Honor 8 merupakan telefon pintar terbaik keluaran Honor masa kini. Ia dikuasakan pemproses Kirin 950 8-teras 2.3GHz, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Skrinnya berukuran 5.2-inci HD Penuh, menyokong dua kad sim 4G dan berkongsi dengan slot kad mikroSD.

Ia memiliki kamera belakang dwi-lensa 12MP, hampir sama seperti abangnya Huawei P9. Kamera depannya pula 8MP dengan saiz piksel sebesar 1.4-mikron. Baterinya berkapasiti 3,000mAh, menyokong pengecasan pantas 9V/2A.

Honor Band Z1 pula adalah jam pintar dengan rekaan moden Scandinavian. Ia kalis air dan debu, dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 14 hari. Rekaannya minimalis tetapi boleh memantau aktiviti kecergasan seperti kiraan langkah dan kalori.

Di Malaysia, Honor 8 berwarna putih dijual pada harga RM1,699 manakala Honor Band Z1 pula berharga RM259. Pakej eksklusif Hari Putih Honor ini sememangnya sangat berbaloi, apatah lagi ia datang bersama coklat putih Shiroi Koibito dan sabun ros putih, pada harga eksklusif RM1,834 sahaja.

The post Promosi Eksklusif Honor 8 sempena Hari Putih appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lNRnYa .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment