Ujian DNA Sah Wanita Berusia 37 Tahun Yang Ditahan Reman Ibu Kandung Adam.

Tampin: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap wanita berusia 37 tahun yang mengaku ibu kandung kepada Muhammad Adam yang ditinggalkan dalam rumah di Kampung Parit Buluh di sini, adalah positif.
Difahamkan, ujian DNA itu dilakukan selepas menerima laporan polis wanita terbabit mendakwa ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan daif dan kelaparan selepas ditinggalkan dalam bilik kotor di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pada 7 Januari lalu, susulan pendedahan akhbar mengenai penemuan kanak-kanak itu.
Menurutnya, wanita itu bekerja di sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Seremban, mendakwa menyerah anaknya kepada rakannya untuk jagaan sementara dengan bayaran RM600 sebulan.
“Berikutan pengakuan itu, kami mengambil sampel darah wanita itu dan kanak-kanak terbabit untuk menjalankan ujian DNA. Hasil keputusan yang diperoleh mendapati positif.
“Namun, kanak-kanak terbabit diletakkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai ibu kandung Muhammad Adam ditahan polis selepas penduduk kampung dan polis menemui kanak-kanak terbabit ditinggalkan dalam rumah berkenaan sendirian, jam 12.45 tengah malam, 6 Januari lalu.
Bagaimanapun, soal siasat dilakukan mendedahkan wanita terbabit cuma penjaga yang diberi upah oleh rakannya untuk menjaga kanak-kanak terbabit, beberapa bulan sebelum itu.
Malah, penemuan sijil lahir oleh seorang daripada anak suspek menguatkan lagi dakwaan suspek bukan ibu kanak-kanak itu, tetapi perbuatannya meninggalkan mangsa membolehkan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.-Harian Metro

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lRMJt7 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment