Penjara 54 Tahun Dan 30 Sebatan Kerana Merogol Anak Tiri Berusia 10 Tahun

KUALA TERENGGANU – Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara 54 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini setelah didapati bersalah merogol anak tirinya sendiri.

Keputusan dibuat setelah tertuduh yang berusia 42 tahun dan beralamat dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol kanak-kanak terbabit, sejak empat tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang semasa kejadian berusia 10 tahun lima bulan di sebuah pondok di Kuala Berang, Hulu Terengganu, kira-kira jam 4.30 petang, pada 12 Disember 2013.

Tertuduh didapati bersalah mengulangi perbuatan sama terhadap tertuduh di lokasi yang sama, kira-kira jam 5 petang, pada 17 Januari 2014.

Selain itu, mengikut pertuduhan ketiga pula, tertuduh yang masih tidak serik didapati bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa di dalam sebuah kereta, di Hulu Terengganu, kira-kira jam 3 petang, pada 28 Februari 2014.

Dengan itu, tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Azman Mustapha kemudiannya menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan serta mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali.- Sinar Harian

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2ms3HBC .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment