Tidak perlu rujuk SSM jika gagal dapat BR1M

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus ‘tidak lulus’ tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan.

SSM dalam kenyataan hari ini berkata kegagalan permohonan bantuan itu tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.

“Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM.

Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon,” menurut SSM.

Menurut kenyataan itu, pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

SSM juga percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.

“Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang.

Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, SSM turut menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M. 1P1P yang diperkenalkan SSM pada 1 Jan lepas, membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah. – Bernama

The post Tidak perlu rujuk SSM jika gagal dapat BR1M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mgDx2j .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment