6.32 juta permohonan BR1M 2017 diluluskan

Putrajaya: Seramai 6.32 juta permohonan sudah diluluskan bagi menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 merangkumi bantuan RM1,200, RM900 serta RM450 kepada penerima.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, bagi bantuan RM1,200, ia membabitkan 3.24 juta penerima isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah; RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 serta RM450 kepada 2.78 juta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Katanya, jumlah peruntukan kepada penerima terbabit adalah sebanyak RM5.41 bilion.

“Mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2017, surat dan emel makluman akan dihantar kepada pemohon sekaligus memperjelaskan sebab kegagalan dan juga kaedah rayuan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat sehingga 31 Mei ini dengan mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang bersama dokumen sokongan berkaitan,” katanya, hari ini.

Berhubung kegagalan berkaitan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan.

Pada masa sama, pemohon tidak perlu mendapatkan sebarang pengesahan daripada SSM. – metro

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mD8BMp .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment