‘Siti Kassim boleh bermesra dengan persatuan Hindu, tidak Zakir Naik’

Fathul Bari tegur supaya Siti Kassim jaga akhlak

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, hari ini menyindir Siti Kassim kerana boleh duduk bermesra dengan persatuan Hindu – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) – tetapi enggan bertemu pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Selain membidas peguam itu dan Asiah Jalil kerana tidak memberi peluang berbincang secara harmoni dengan pakar perbandingan agama dari India itu, beliau turut menegur Siti Kassim supaya menjaga akhlak dan perkataan yang dikeluarkan.

“Auntie, akak Asiah sendiri dan sebilangan kecil pengikut Auntie pernahkah bertemu dan berbincang secara harmoni dengan Dr Zakir Naik? Wallaahualam.

“Jika pernah, alhamdulillah, tetapi jika tidak pernah, malulah Auntie kerana Auntie sanggup duduk bersama Hindraf serta berbincang penuh mesra dengan mereka, tetapi Auntie dan akak Asiah langsung tak nak kasi ruang untuk berbincang mesra dengan Dr Zakir Naik,” tulis Ustaz Fathul Bari di posting laman Facebooknya, hari ini.

Siti Kassim dalam statusnya di laman sosial itu sebelum ini menyatakan keengganannya untuk bertemu Dr Zakir Naik dengan alasan ianya membuang masa.

Dia juga melabelkan pihak yang mengajaknya supaya bertemu dengan pendakwah terkenal itu sebagai keldai.

“Auntie kata “buang masa” mengadakan pertemuan ini. Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kepada Dr Zakir Naik itu dikira memanfaatkan masa?,” soal Ustaz Fathul Bari sinis.

“Bagi saya itu tidak “fair” Auntie. Bahkan menyanggahi prinsip human rights yang Auntie perjuangkan. Auntie seolah-olah tak nak beri ruang untuk Dr Zakir mempertahankan diri beliau.

“Next time, kalau Auntie nak nyatakan tidak setuju atau bantahan, Auntie tak perlulah keluarkan kata-kata yang tidak baik. Melabelkan orang sebagai bodoh, keldai, tak sedar diri, tak baik tu Auntie. Silakan membantah tapi jaga akhlak,” pesannya.

Siti Kasim turut mendakwa, dia kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.

“Fakta bahawa beberapa ‘keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita.

“Paling penting dalam hal ini, orang-orang bodoh ini tidak sedar ada tindakan undang-undang sedang berlangsung. Mungkin MCP ini perlu menyemak makna sub judice,” kata Siti Kasim.

Mengulas perkara itu, Ustaz Fathul Bari menyatakan beberapa sebab mengapa beliau memilih Siti Kassim dan Asiah Jalil untuk bertemu dengan Dr Zakir Naik.

“Auntie tanya kenapa saya pilih dua orang sahaja daripada 19 orang aktivis. Di sini jawapan saya:

“a. Sebab Auntie dan akak Asiah Jalil adalah muslimah. Kalau ada lagi muslim atau muslimah dari kalangan 19 tu, sila datang skali.

“b. Sebab Auntie dan akak Asiah popular lagi terkenal.

“c. Sebab saya difahamkan Auntie dan akak Asiah Jalil adalah lawyer yang hebat,” katanya.

Ustaz Fathul Bari turut memberikan jaminan kepada Siti Kassim dan Asiah Jalil bahawa tidak akan ada sebarang penindasan hak bersuara di hadapan Dr Zakir Naik apatah lagi pembulian.

“InsyaAllah saya akan pastikan Auntie dan akak Asiah ditemani oleh muslimah-muslimah yang berakhlak tinggi,” katanya.

Pedang cadang Siti Kassim debat dengan budak tahfiz, bukan Zakir Naik

http://ift.tt/2lvs16b

The post ‘Siti Kassim boleh bermesra dengan persatuan Hindu, tidak Zakir Naik’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2maa6PJ .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment