Nabila Huda tolak tawaran Syamsul Yusof berlakon dalam filem Munafik 2

Pelakon popular Nabila Huda mengesahkan tidak berlakon dalam filem Munafik 2 yang diarahkan Syamsul Yusof.

Nabila, 33, ketika dihubungi berkata, dia terpaksa menolak dengan cara baik tawaran Syamsul itu berikutan komitmen terhadap drama bersiri 100 episod.

Nabila Huda tolak tawaran Syamsul Yusof berlakon dalam filem Munafik 2

Nabila Huda tolak tawaran Syamsul Yusof berlakon dalam filem Munafik 2

“Memang Syamsul ada tawarkan kepada saya, tapi tak boleh nak buat. Pada masa sama, saya terikat dengan jadual kerja lain. Lagipun penerbit drama bersiri itu sudah mendapatkan tarikh saya sejak tahun lalu lagi.

“Penggambaran drama itu dijadual berlangsung awal April ini sehingga Januari 2018. Jadi, saya menganggap tak ada rezeki nak berlakon dan bekerjasama dengan mereka lagi,” katanya kepada Harian Metro.

 

Terdahulu ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad semalam melaporkan Nabila yang juga pemenang Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM 28) tidak berlakon dalam sekuel filem Munafik itu.

Menerusi laporan sama, pelakon Pontianak Harum Sundal Malam iaitu Maya Karin dipilih bagi menggalas watak utama yang juga watak baru dalam filem itu.

“Saya difahamkan Maya bakal terbabit dalam filem itu, tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro bagi mendapatkan kenyataan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Filem Munafik yang ditayangkan pada Februari tahun lalu mencipta fenomena apabila mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan sebanyak RM19 juta.

Sumber: Metro

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n4UqfM .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment