ISTANBUL, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Ribuan wanita berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap pungutan suara bulan depan untuk mengukuhkan kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Sambil mengibarkan bendera Turki, mereka melaungkan “Pastinya, Ya!” sebelum undian pindaan perlembagaan pada 16 April yang akan memberikan kuasa eksekutif kepada Presiden sama seperti sistem politik di Perancis dan Amerika Syarikat.
Undi itu lebih dilihat sebagai satu pungutan suara untuk Erdogan sendiri kerana pindaan yang akan dibuat kelak akan membolehkan beliau kekal berkuasa sehingga 2029.
Salah seorang wanita yang hadir perhimpunan itu, Zehra Ferahtay berkata, lulusnya Perlembagaan untuk kuasa Presiden ini akan membawa perubahan besar kepada negara Turki.
“Ia akan menyatukan Turki terutamanya selepas percubaan rampasan kuasa terdahulu untuk menggulingkan kerajaan Erdogan.
“Jadi, saya menyokong sistem presiden diperluas dan kita perlu ebih bersatu dan bersama-sama untuk negara ini,” katanya.
Saliha Mantar pula berkata, wanita telah diberikan banyak hak sejak Erdogan berkuasa sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 dan sebagai Presiden pada 2014.
“Kami, wanita, berjanji untuk sentiasa di belakang pemimpin kami,” katanya, merujuk kepada Erdogan.
Perlembagaan baharu itu juga kelak akan menggantikan undang-undang sedia ada yang dilaksanakan selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 1980.
Selain itu, draf tersebut tersebut akan memperbaharui sistem Presiden buat kali pertama selepas zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah.
Erdogan sebelum ini menegaskan sistem Presiden baharu itu akan membawa Turki sebaris dengan negara-negara lain. – Agensi
The post Ribuan wanita berhimpun sokong Erdogan, mahu kuasa Presiden Turki diperluas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lQtdx3 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment