MANILA, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Mayat Juergen Gustav Kantner, pelancong warga Jerman yang dibunuh militan Abu Sayyaf ditemui tentera Filipina di Barangay Buansa, Sulu.
Kantner dipenggal kepalanya minggu lalu selepas tempoh tuntutan wang tebusan yang ditetapkan militan itu berakhir.
Abu Sayyaf dilaporkan menculik Kantner dan membunuh isterinya selepas memintas kapal layar yang dinaiki pasangan berkenaan berhampiran perairan Sabah di Malaysia pada November lalu.
Kumpulan itu meminta wang tebusan berjumlah 30 juta peso (RM2.7 juta) sebagai syarat untuk membebaskan Kantner.
Kejadian ini mengulangi insiden tahun lalu apabila militan berkenaan memenggal kepala dua warga Kanada juga atas sebab sama.
Abu Sayyaf juga masih menahan lebih 20 orang tebusan warga asing termasuk dari Indonesia dan Malaysia. – Agensi
The post Mayat warga Jerman dipenggal militan Abu Sayyaf ditemui appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n3RAHI .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment