Pengeluar China Kini Fokus Pada Teknologi Dan Inovasi Untuk Memenangi Hati Pengguna

Telefon murah telah membantu pengeluar telefon pintar dari China untuk mempertingkatkan pasaran mereka, dan kini mereka mula mengintegrasikan pelbagai teknologi terkini dalam usaha untuk mencuri pasaran global.

Mencuri perhatian ramai semestinya adalah Huawei yang telah mengumumkan secara terbuka yang mana mereka ingin menyaingi Apple dan Samsung dalam mendapatkan pegangan pasaran dalam tempoh separuh dekad akan datang. Sementara itu, Oppo pada Mobile World Congress telah memperlihatkan teknologi kamera terbaru mereka yang lebih baik berbanding pengeluar lain. Dan Xiaomi, salah satu syarikat yang mencuri perhatian ramai pengguna, kini mula merekabentuk cip pemprosesan mereka tersendiri.

Pelbagai pengeluar dari China telah membina reputasi mereka dengan menawarkan peranti yang pada harga rendah, tetapi menawarkan ciri-ciri yang bagus. Kaedah ini telah membantu Oppo, Huawei dan Vivo dalam mendapatkan tiga tempat teratas dalam pegangan pasaran di China pada 2016 lepas, sekaligus meletakkan Apple di posisi ke empat, dan Samsung di tempat kelima. Kini, mereka memperlihatkan yang mana mereka bukan sahaja mampu mengadaptasi dengan cepat, tetapi juga boleh berinovasi dan menawarkan peranti yang boleh bersaing dengan dua nama terhebat dunia.

Ketiga-tiga jenama dari China ini kini membuat pemasaran secara agresif di rantau Asia Tenggara sehingga India, dan ia menduduki lima tempat teratas pada suku terakhir 2016 lepas.

Menurut salah seorang penganalisa industri dari Canalys, “Jenama pengeluar terkemuka China kini melihat kepada pasaran luar, memandangkan persaingan di China adalah sangat tinggi”. “Mereka juga bersaing antara satu sama lain dalam memperlihatkan teknologi dan inovasi baru, kerana ia merupakan salah satu kunci utama dalam memperluaskan pasaran secara global”, menurut Jia Mo.

Jenama China masih belum mendapat penerimaan sepenuhnya pada peringkat global. Sementara Lenovo, Xiaomi dan Oppo adalah popular disebahagian Asia, mereka masih kurang memberikan kesan pada pasaran negara maju yang didominasi oleh Apple dan Samsung.

Tetapi, mereka hadir dengan siri peningkatan satu demi satu sejak beberapa tahun lepas, memperlihatkan pengguna mula mengemari produk keluaran mereka. Mereka juga telah mula membina rangkaian peniaga tersendiri, membuatkan pelbagai penjual mula menggantikan iPhone dan Samsung Galaxy.

Kelajuan jenama China ini memperluaskan dan berinovasi turut membuatkan ramai pemerhati industri terkejut. Pada tahun lepas sahaja, 7 daripada 10 permohonan paten dari China adalah pengeluar telefon pintar. Daripadanya, Oppo, Huawei, dan Xiaomi memfailkan sekitar 12,000 permohonan paten – iaitu satu per tiga daripada keseluruhannya.

“Dari segi teknologi dan inovasi, pengeluar China ini adalah sangat hampir dengan pelopor industri seperti Samsung”, kata Kitty Fox, salah seorang pengarah kajian di IDC China. “Pasaran internet mudah-alih di China yang sangat besar telah membantu dalam memperluaskan perkhidmatan atas-talian, yang mana memerlukan peranti dengan prestasi yang baik. Pelbagai pengeluar China mengambil kesempatan ini, dan mengatasi masalah produk tiruan.”

Oppo sendiri telah popular dengan ciri-ciri seperti pengecasan pantas, fotografi pada keadaan cahaya malap, dan memori sehingga 6GB (iPhone masih kekurangan fungsi pengecasan pantas). Menduduki tangga teratas di pasaran China, kini mereka memfokuskan usaha terhadap fungsi kamera, menyasarkan pengguna muda yang inginkan fungsi selfie dan sebagainya.

Di Mobile World Congress, Oppo telah memperkenalkan teknologi pengambaran mereka terbaru yang menawarkan kebolehan zoom sehingga 5x nirhilang – yang mana dijayakan dengan kedudukan lensa yang berbeza serta sokongan perisian tersendiri.

Huawei yang menduduki tangga ketiga pada peringkat global selepas Samsung dan Apple pula telah memperkenalkan Huawei P10 yang hadir dengan sokongan dwi-kamera. Huawei juga sebelum ini telah memperkenalkan telefon dwi-kamera pada tahun lepas, lebih awal daripada Apple yang melakukannya melalui iPhone 7 Plus.

Huawei sendiri yakin, dan pada tahun lepas telah mengatakan mereka akan menggantikan posisi Apple dan Samsung pada kedudukan global dalam tempoh 5 tahun. Sebelum ini, Huawei turut telah memfailkan saman ke atas Samsung di Amerika Syarikat dan China atas pelanggaran paten. Samsung telah memfailkan saman kembali atas kes sama.

Huawei P10

Berbeza dengan jenama China yang lain, Huawei turut memperlihatkan kelebihan dari segi pemasaran. Mereka telah bekerjasama dengan Leica, selain turut memilih Scarlett Johanssen sebagai duta. Pada MWC, mereka turut bekerjasama dengan Pantone untuk penggunaan warna pada peranti, selain GoPro yang menawarkan aplikasi mereka secara terbina pada P10.

Malah, Xiaomi juga turut mencuri perhatian ramai. Pada Oktober lepas, mereka telah memperlihatkan telefon konsep Mi Mix yang direkabentuk oleh Philippe Starck dan menawarkan rekaan skrin “tanpa” bingkai.

Xiaomi Mi Mix

Pada minggu lepas, mereka turut memperlihatkan telefon pertama menggunakan cipset “Pinecone” mereka, sekaligus menyaingi Qualcomm dan Mediatek. Xiaomi secara tidak langsung menyertai kelab Huawei, Apple dan Samsung yang menggunakan cip pemprosesan mereka tersendii. Dengan menggunakan cipset tersendiri, ia bukan sahaja membantu Xiaomi menjimatkan kos, tetapi turut membolehkan pemprosesan dioptimasikan untuk beberapa ciri-ciri unik.

“Teknologi dan inovasi akan menjadi fokus utama untuk pengeluar dari China pada tahun ini, walaupun mengalami kos pengeluaran yang tinggi – selain persaingan untuk mendapatkan tempat pada saluran jualan.” kata penganalisa Canalys.


===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lPt791 .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment