PBB janji bawa keluar dua petugas Malaysia di Korea Utara

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi jaminan untuk membantu membawa keluar dua petugas mereka yang juga rakyat Malaysia di Korea Utara.

Menurut satu sumber PBB, pihaknya di New York telah menghubungi kedua-dua wanita rakyat Malaysia sebaik sahaja notis sekatan keluar oleh Pyongyang dilaporkan media antarabangsa.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan selamat. Mereka bukan staf atau pegawai Kedutaan Malaysia.

“Mereka adalah staf kami (PBB) yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia (WFP),” katanya.

Jelas beliau, PBB akan menghantar wakil bagi melicinkan proses membawa keluar kedua-dua wanita berkenaan dalam masa terdekat.

Dua wanita itu adalah antara 11 rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pada ketika ini.

Selain itu, terdapat tiga lagi kakitangan kedutaan dan enam anggota keluarga kakitangan kedutaan.

Tindakan itu dibuat selepas Korea Utara menghalang semua rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara selagi pembunuhan Kim Jong-nam di Kuala Lumpur tidak diselesaikan dengan baik. – Agensi

The post PBB janji bawa keluar dua petugas Malaysia di Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mDh2Yj .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment