838 batu karang dalam pundi hempedu

838 batu karang dalam pundi hempedu|Delhi: Sekumpulan doktor di sini terkejut apabila menemui 838 batu karang ketika melakukan pembedahan terhadap seorang wanita yang mereka syaki menghidap kanser.

Pushpa Devi, 60, tidak boleh makan atau minum dan mengalami sakit perut yang teramat sangat di samping sering demam sejak lebih setahun lalu.

Hasil imbasan CT menunjukkan ketumbuhan besar pada pundi hempedunya menyebabkan pakar mengesyaki dia menghidap kanser sehinggalah mereka mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialami Pushpa.

Wanita itu dibenarkan pulang beberapa hari selepas menjalani pembedahan.Mereka mengeluarkan 838 ‘bebola’ itu yang terbentuk hasil daripada gumpalan garam.

Dr Amit Javed yang mengetuai sepasukan doktor yang melakukan pembedahan terhadap Pushpa di sebuah hospital di Delhi berkata:“Dia kelihatan terlalu sakit ketika datang untuk mendapatkan rawatan.

Keadaannya bertambah teruk apabila doktor tersilap memberinya ubat kerana menyangka dia hanya sakit perut.

“Kami terkejut apabila menemui 838 batu karang dalam pundi hempedunya. Ia kes luar biasa dan juga rumit.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dan imbasan, pakar perubatan mengesyaki Pushpa menghidap kanser hempedu dan menjalankan pembedahan serta-merta.

“Keadaannya begitu teruk hingga kami terpaksa membuang sebahagian hatinya bersama dengan hempedunya,” kata Javed.

Bagaimanapun, 838 batu karang itu bukan satu rekod di India.

Tahun lalu, doktor di Jaipur mengeluarkan 12,000 batu karang dari hempedu seorang lelaki berusia 49 tahun.

Tags: #838 batu karang dalam pundi hempedu#batu karang

loading…

Let’s block ads! (Why?)

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mjNXzY .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment