KUALA TERENGGANU, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – PAS mengesyorkan Sekretariat Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi mengelak kekeliruan berhubung usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Amzad Hashim berkata, pro penentang RUU 355 telah berkongsi dan menyebarluaskan pandangan negatif mengenai perkara itu menerusi pandangan segelintir mufti negeri lain.
Walhal katanya, kebanyakan mufti-mufti negeri telah memberi sokongan terhadap pindaan tersebut.
“Satu-satunya mufti yang memberi isyarat negatif berhubung usul pindaan Akta 355 hanyalah Mufti Perlis. Kerana beliau seorang, pandangan beliau disebar seluas-luasnya oleh media pro penentang RUU 355 sehingga seolah-olah menidakkan pendirian mufti-mufti negeri lain dan juga mufti wilayah.
“Kekeliruan disebarluaskan dan tindakan demi maslahah (kepentingan) awam khususnya umat Islam wajar diambil bagi membendung kekeliruan,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.
Sekretariat tersebut, pada pandangan beliau perlu mengambil tindakan segera mengatur salah satu dari dua mesyuarat tersebut sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dilangsungkan dengan perintah Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ataupun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dibuat daripada masa ke semasa tanpa perintah Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata, penyelarasan ini akan memberi nilai kepada pandangan mufti-mufti mengatasi nilaian subjektif yang berdasarkan persepsi.
“Ia juga boleh berlangsung tanpa tekanan masa dan perhatian orang dengan mengutamakan aspek ilmiah dan memberi ruang input dari kalangan pakar-pakar berkaitan.
“Selain itu, ia turut boleh menjernihkan pemikiran umat Islam selain boleh memberi pedoman kepada Ahli Parlimen beragama Islam dalam menentukan sikap berhubung RUU 355,” katanya.
The post PAS cadang Majlis Fatwa Kebangsaan adakan muzakarah bincang RUU355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2mVRrKD .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment