KUALA LUMPUR 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Kakitangan perubatan yang terlibat memberi rawatan awal kepada Kim Jong-nam ketika hari pembunuhannya pada 13 Februari lalu dalam keadaan sihat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, hasil pemantauan yang dibuat terhadap mereka sejak kejadian mendapati kesemuanya tidak terkesan dengan Agen Saraf VX.
“Mereka sihat, tidak ada kesan terkena kesan agen saraf VX,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat akan dipantau antara dua hingga tiga minggu lagi.
Mengulas mengenai mayat Jong-nam Hilmi berkata, Malaysia tidak ada masalah untuk menyimpan seberapa lama sehingga pewarisnya memberi sampel DNA bagi mengenal pasti identiti lelaki yang yang menggunakan nama Kim Chol dalam pasport miliknya.
“Yang kita mahu adalah sampel DNA, selagi tidak dapat kita boleh simpan mayat lelaki itu,” katanya.
Jong-nam meninggal selepas diserang dua wanita yang menyerkup kepalanya di balai berlepas klia2 ketika menunggu penerbangan pulang ke Macau selepas berada di Malaysia sejak 6 Februari.
Beliau kemudian diberi rawatan di klinik lapangan terbang tersebut sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya. Jong-nam mati dalam perjalanan ke hospital.
Analisis mayatnya mendapati dia terkena agen saraf VX, toksik berbahaya tahap tinggi.
The post Kakitangan perubatan rawat Jong-nam tidak terkesan Agen Saraf VX appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lCdZQd .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment