Malaysia dijangka hasilkan 800,000 hingga 900,000 tan biodiesel pada 2017

KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Malaysia dijangka menghasilkan antara  800,000 dan 900,000 tan biodiesel pada 2017 berbanding 500,000 tan pada tahun lepas apabila kerajaan melaksanakan mandat biodiesel, menurut Persatuan Biodiesel Malaysia.

Presidennya, U.R Unnithan berkata, pelaksanaan mandat B10 dijangka bermula pada bila-bila masa pada tahun ini.

Biodiesel B10 merupakan campuran 10 peratus metil ester sawit (PME) dan 90 peratus diesel petroleum, manakala B7 terdiri daripada tujuh peratus PME.

Unnithan berkata, pengeluaran Indonesia juga akan meningkat kepada 3.5 juta tan pada 2017 berbanding tiga juta tan pada 2016.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Persidangan Minyak Sawit dan Laurik Global selepas membentangkan kertas kerja beliau bertajuk, ‘Prospek biodiesel dalam landskap global yang berubah’ di sini, semalam.

Dianjurkan oleh Bursa Malaysia, acara selama dua hari itu menarik kira-kira 2,000 peserta dari lebih 59 buah negara.

Unnithan berkata, Malaysia mengeluarkan 500,000 tan biodiesel pada tahun lepas, iaitu 173,000 tan lebih rendah berbanding pada 2015.

Beliau percaya kerajaan akan melaksanakan biodiesel B10 susulan pasaran minyak sawit yang lemah.

“Tetapi jika B10 (mandat) tidak dilaksanakan, pengeluaran biodiesel akan berlegar sekitar 500,000 tan atau 600,000 tan,” katanya.

Beliau berkata, apabila persatuan memulakan industri itu, 52 lesen untuk mengendalikan loji biodiesel dikeluarkan oleh kerajaan, tetapi hanya kira-kira 20 syarikat menerima cabaran tersebut.

Bagaimanapun, jumlah pemegang lesen yang aktif kini berkurangan kepada 17 buah syarikat, katanya.

Dalam pasaran eksport yang lemah, banyak kapasiti tidak digunakan, katanya sambil menambah penggunaan kapasiti pada paras semasa adalah di bawah 25 peratus atau hampir kepada 20 peratus.

“Jika kapasiti dapat ditingkatkan kepada hampir 100 peratus, ya, ia dapat (membantu) menampung (kos) dan mencatat keuntungan,” katanya.  – Bernama

The post Malaysia dijangka hasilkan 800,000 hingga 900,000 tan biodiesel pada 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m036nA .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment