Jiran Kedutaan Korea Utara lebih berhati-hati selepas kes Jong-nam


KUALA LUMPUR, 9 Jamadilakhir 1438H, Rabu – Bagi penduduk di sekitar Jalan Batai di sini, hidup dalam keadaan aman damai adalah suatu kebiasaan bagi mereka sehingga kes pembunuhan Kim Jong-nam menarik perhatian ramai kira-kira tiga minggu lepas.

Bagi seorang yang penduduk yang berjiran dengan Kedutaan Korea Utara dan tidak mahu dikenali, mengakui dia kini bimbang dan lebih berhati-hati kerana sejak kes itu mendapat perhatian media, kawasan penempatan itu menjadi tumpuan.

“Sejak kami mendengar berita itu kami lebih berjaga-jaga dengan mengunci semua pintu dan tingkap,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Dia mengimbau kembali selain daripada perjumpaan di hari minggu, yang mana banyak kereta rasmi diparkir di tepi jalan, kakitangan kedutaan itu biasanya tidak bercampur dengan penduduk setempat.

Wanita itu juga melahirkan simpati kepada pengamal media yang berkumpul di hadapan kedutaan itu sehingga ke hari ini.

“Saya simpati dengan kamu semua tetapi saya berharap anda semua berjaya,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut Kim Chol atau dilaporkan dengan meluas sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa melumur mukanya dengan tangan mereka yang mengandungi cecair yang kemudiannya didapati sebagai agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan mencari pertolongan di kaunter perkhidmatan pelanggan di lapangan terbang itu dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – Bernama

The post Jiran Kedutaan Korea Utara lebih berhati-hati selepas kes Jong-nam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m0eDTE .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment