Kit Siang patut nasihat Guan Eng, bukan masuk campur isu di Johor

PETALING JAYA, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Tindakan Lim Kit Siang yang mengkritik siasatan kes penyelewengan hartanah di Johor boleh disifatkan seperti orang pendek akal, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, Kit Siang tidak perlu masuk campur, dan tindakannya itu tidak sopan.

Sindir Tunku Aziz, sepatutnya Kit Siang menasihati anaknya, Lim Guan Eng supaya melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang daripada sibuk menyerang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Ia tindakan tidak sopan dan tidak masuk akal. Kes itu masih disiasat, bukannya didakwa di mahkamah pun.

“Berbanding kes rasuah anaknya, Guan Eng. Bukan sahaja didakwa dalam kes rasuah pembelian hartanah di Pulau Pinang, malah kesnya akan dibicarakan pada Julai ini.

“Adalah lebih baik Kit Siang sebagai bapa dan pemimpin DAP menasihati Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri, dan tidak mencampuri urusan Kerajaan Johor,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Kit Siang yang mahukan Mohamed Khaled membuat usul khas di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kit Siang berkata, Khaled perlu mengisytiharkan rasuah sebagai musuh nombor satu negeri berkenaan.

Katanya, usul itu harus disertakan dengan langkah yang akan diambil kerajaan Johor bagi menangani skandal rasuah hartanah yang menggemparkan negeri itu baru-baru ini.

The post Kit Siang patut nasihat Guan Eng, bukan masuk campur isu di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n4wAAT .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment