Bawa pelaku rasuah ke muka pengadilan, titah Agong

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menzahirkan rasa dukacita apabila masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta kebocoran maklumat kerajaan oleh penjawat awam dan bekas penjawat awam.

Titah baginda, meskipun tindakan sedemikian hanya dilakukan oleh segelintir individu, tetapi ia telah menghakis kepercayaan rakyat.

“Maka, beta sangat mengalu-alukan tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan dibawa ke muka pengadilan.

“Rakyat perlu memberi sokongan dengan tidak terbabit sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran,” titah baginda.

Sultan Muhammad bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

The post Bawa pelaku rasuah ke muka pengadilan, titah Agong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2n4qFvC .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment