Xiaomi Mampu Turunkan Harga Dengan Cip Hasilan Sendiri

Cip pemproses adalah jantung sebuah telefon pintar. Walaupun hanya mengambil secebis ruang pada telefon, ia memakan sebahagian besar kos pengeluarannya lebih-lebih lagi jika dibeli daripada pihak ketiga. Xiaomi dikhabarkan akan mengumumkan cip pemproses buatan sendiri pada 28 Februari ini.

Xiaomi telah mendapat bantuan daripada pembuat cip Leadcore sejak 2014 untuk menubuhkan syarikat subsidiari khas, “Pinecone”, untuk menghasilkan cip baru ini. Leadcore memiliki portfolio yang kukuh dalam bidang frekuensi radio. Maka, Xiaomi tak perlu terlalu bergantung dengan Qualcomm untuk menghasilkan cip telefon pintar.

Jika semuanya berjalan lancar, Xiaomi akan duduk semeja dengan Samsung, Apple, dan Huawei sebagai pengeluar telefon yang memiliki keupayaan menghasilkan cip pemproses mereka sendiri.

[Sumber: Engadget]

The post Xiaomi Mampu Turunkan Harga Dengan Cip Hasilan Sendiri appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2m2cNWk .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment