Korea Selatan dakwa Korea Utara dalang pembunuhan Jong-nam

SEOUL, 24 Jamadilawal 1438H, Selasa – Pemangku Presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn menyifatkan pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam sebagai satu jenayah yang tidak boleh diterima serta menuduh perbuatan keganasan itu didalangi rejim Korea Utara.

Dalam ucapannya, Kyo-ahn juga menggesa dunia untuk menuntut Korea Utara ke atas pembunuhan itu.

“Ia menunjukkan perbuatan melulu dan kekejaman rejim Korea Utara serta hakikat bahawa ia akan melakukan apa-apa, segala-galanya untuk mengekalkan kuasanya.

“Kita perlu bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan bahawa Korea Utara akan membayar harga adil untuk perbuatan pengganasnya,” kata Kyo-ahn ketika mesyuarat menteri-menteri Kabinet berkaitan dengan keselamatan, semalam.

Kenyataan Kyo-Ahn meningkatkan tekanan ke atas Korea Utara dengan secara rasmi menuduh kerajaan Kim Jong-un menjalankan serangan pengganas, yang boleh menggalakkan negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, untuk cuba menghukum kerajaan Pyongyang.

Kyo-ahn turut mengarahkan kerajaannya untuk mengukuhkan kewaspadaan dan langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan pengganas Korea Utara ke atas kerajaan dan rakyat di selatan.

Beliau juga memberi amaran bahawa Korea Utara mungkin mencuba provokasi tentera untuk mengalihkan perhatian antarabangsa daripada pembunuhan itu. – Agensi

The post Korea Selatan dakwa Korea Utara dalang pembunuhan Jong-nam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2lFpcie .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp

ADS HERE

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Drift Man

0 comments:

Post a Comment