NEW DELHI, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Malaysia merancang membuka sebuah pejabat pelancongan di Kolkata untuk menarik lebih banyak pelancong dari wilayah timur India, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, Tourism Malaysia juga menimbang untuk membuka pejabatnya di bandar raya Amritsar, Punjab.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menarik lebih banyak pelancong dari bandar raya lapisan kedua di India berikutan pertumbuhan kukuh perjalanan ke luar negara yang mereka alami.
“Kami ada pejabat pelancongan di Delhi, Mumbai dan Chennai. Kami ingin meningkatkan kehadiran kami di India. Kini, kami memberi tumpuan terhadap Kolkata,” kata Mohamed Nazri kepada Bernama selepas merasmikan astaka Malaysia di South Asia Travel and Tourism Exchange (SATTE) di sini pada Rabu.
Memandangkan AirAsia mengadakan penerbangan dua kali sehari antara Kolkata dan Kuala Lumpur, pejabat serantau itu boleh membantu meningkatkan ketibaan pelancong dari Bengal Barat dan negeri yang berjiran dengannya.
Mohamed Nazri berkata, tahun lepas, kerajaan Malaysia memperkenalkan kemudahan e-visa bagi menggalakkan lebih banyak rakyat India melakukan perjalanan ke Malaysia.
Di samping itu, bukan penduduk India juga akan dapat melakukan perjalanan ke Malaysia tanpa visa, suatu langkah yang dijangka membawa lebih banyak pelancong India dari negara Teluk Arab, Amerika Utara dan tempat lain yang mempunyai banyak penduduk ekspatriat India.
Tourism Malaysia kini memberi fokus untuk meluaskan kehadirannya di negara yang menunjukkan potensi pertumbuhan tinggi.
Tourism Malaysia menutup pejabatnya di New York, Milan, Perth, Johannesburg dan Stockholm apabila Malaysia Airlines menghentikan perkhidmatan ke destinasi tersebut.
“Apabila MAS menutup laluan itu, tiada sebab lagi bagi kami untuk berada di sana,” kata Nazri.
China, India, Britain, Jepun dan Korea Selatan adalah antara pasaran utama yang menjadi fokus Malaysia tahun ini. – Bernama
The post Tourism Malaysia rancang buka pejabat di Kolkata appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2llNrBs .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment