JOHOR BAHRU, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang, jata dan gelaran nama-nama Kesultanan Johor tidak lama lagi.
Untuk tujuan itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Rang Undang undang Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Negeri Johor 2017 akan dibentang dalam Dewan Undangan Negeri pada akhir Mac ini.
Katanya, langkah itu susulan ada pihak yang menggunakan gelaran terbabit untuk menipu masyarakat.
“Kerajaan juga sudah buat keputusan supaya di taman-taman perumahan misalnya, bangunan-bangunan persendirian tidak boleh menggunakan nama-nama yang ada kaitan dengan institusi diraja.
“Misalnya kalau buat bangunan, Bangunan Bukit Serene ataupun Bangunan Mahkota, itu semua tidak boleh digunakan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, menerusi undang-undang itu, pihak yang mahu menggunakan lambang, jata atau gelaran perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri dan Sultan sendiri.
Menurut undang-undnag itu pesalah boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Abdul Rahim mengingatkan rakyat Johor agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa mereka rapat dengan kerabat Diraja Johor dan boleh membantu mencadangkan nama mereka untuk mendapatkan darjah kebesaran daripada negeri berkenaan.
Katanya, kuasa mengurniakan sebarang darjah kebesaran adalah kuasa mutlak raja atau sultan yang memerintah seperti yang tertakluk dalam Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah-Darjah Johor 1886 serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985.
“Dalam bahagian kedua fasal 7(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 985 juga menyebut raja boleh memutuskan mengikut takdirnya sendiri dalam menjalankan kewajipan sendiri.
“Maknanya tidak ada orang ataupun pihak yang boleh memberi sokongan ataupun mencalonkan nama-nama untuk mendapatkan pengurniaan, hatta kerajaan negeri Johor hatta Jumaah Majlis Diraja Johor tidak pernah menyampaikan ataupun menyembahkan kepada Tuanku nama-nama calon yang nak dikurniakan apa-apa darjah, ini kuasa mutlak Tuanku,” kata beliau.
Abdul Rahim berkata demikian berikutan pihak istana ada menerima sepucuk surat daripada individu yang mengemukakan seorang calon untuk mendapat darjah kebesaran Johor, 8 Feb lepas. – Bernama
The post Johor bakal kuat kuasa undang-undang cegah salah guna nama Kesultanan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/2kUMJKL .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp
Dikongsikan Semula Oleh : pisangbaik.blogspot.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, pisangbaik.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment